Mashi² Mind

memoirs of a panda

Thursday, April 28, 2011

Review Penunggu Istana : Kenapa Filem ni Tak Real

Amaran: Jangan baca post ni kalo anda bercadang nak tengok filem ni kat wayang malam kang sebab dah book e-ticket kat GSC/TGV. Tak pepasal rugi je lima hengget~


Yoyoyo assalammualaikum pembaca blog yg budiman.. Hehe ni 1st time nih nak tulis review utk filem dlm blog.. yelah asek cite pasal diri sendiri yg x fofuler ni je, org pon dah boring nak baca ye dak?

Aritu ada sorang membe war2kan dalam FB cakap cite Penunggu Istana ni best, lagi best dari Paranormal Activity katenye. So sy pon saje2 la bukak trailer filem tu kat Youtube.. dan rasa teruja la jugak nak nengok sbb org2 yg komen kat trailer tu sume cakap cite tu best giler. Tengok kat blog2 pulak ramai yg tertanya2 apa jadi kat org2 dalam filem tu - mati ke tak? Dulu sy penah tgk Paranormal Activity kat wayang dgn adik. Masa tengok tu memang tak plan nak tengok la, clueless gila dan lepas tengok cite tu mmg rasa seram amat la kununnye. Sy ada gak search internet pastu nak tau ape jadi kat org2 dlm filem tu (sebab video tu kononnya bukan lakonan tapi mmg video real yg polis jumpa). Lepas search tenet... bullcit! Diorang tu pelakon rupanya. Sy ada gak download cite Blair Witch Project, sama la jugak last2 ada orang mati, pembunuh tu hilang. So, sy agak skeptikal untuk menonton filem Penunggu Istana ni tapi sy pujuk rayu ajak gak incik somi nengok filem ni sbb sy saje nak tulis review dlm blog ni pasal apa2 je kesilapan teknikal atau aspek2 goreng yg ada dlm filem penunggu nih. Sy tulis review ni bukan nak hentam filem ni kenching membohong sbb filem genre paranormal memang menifuu pon utk menaikkan keseraman tahap max tapi just nak highlightkan benda2 yg production crew terlepas pandang yg menyebabkan filem ni hilang kerealannya pada sy. P/s: Hepi gile sbb incik somi datang jauh2 dari Keningau sebab nak tengok filem ni ngn sy kat CP smalam ^_^


Amaran lagi skali: Stop baca kalo korang dah beli tiket!




Ok, sedikit sinopsis pasal filem Penunggu Istana ni... Filem ni kunun2nya bukan filem (dah filem, bukan filem pulak ye dak?) Tapi video footage yg real dari rakaman 5 org budak kolej ke univ ntah (Mus, Sara, Amar, Fira, Yana) yg buat kajian utk course project diorang berkenaan entiti kat Istana Billah Padahal dalam video tu bukan diorg rakam kat dalam istana tu pon, tapi kat rumah penjaga istana kat sebelah istana tu je =.= yg terletak di Papan, Perak. Course ape la diorg tu gamaknya ye? Teringat pulak masa amik diploma multimedia dulu group kitorg penah bercadang nak buat dokumentari pasal entiti UTMKL =p  So untuk menjayakan projek diorg yg ntah hapela tajuknye tu agaknye, diorg mintak tolong la dengan mamat yg paling kiut kat Malaysia ni...

kiyut sangat kan?
Yep, Pakcik Seekers dan kawan-kawan  wonderpets wonderpets kami datang  membantu budak2 u ni dengan gajet2 diorg yg canggih manggis tu kununnye.. Payah jugakla diorg nak dapat cari entiti kat situ sampai kena pasang kemenyan bagai, last2 lepas beberapa hari dapatla diorg rakam video "tetibe je suhu jatuh dan tingkap tertutup sendiri".. So lepas dapat video tu si Uncle Seekers ni dah puas ati la dan nak chow la dulu.. Si budak2 u ni pulak xpuas ati sbb video tu xcukup commercial value utk letak kat Youtube so diorg decide nak stay dan amik video lagi.. Tunggu punya tunggu sampai 15 hari baru la jumpa entitinye disertai dengan kejadian menakutkan dan meragut nyawa...

Kenapa Nampak Tak Real? Cer pikir.. Cer pikir...

  1. Kat awal2 lagi filem ni ada caption cakap video ni diambil pada Februari 2009. "Takziah kepada keluarga mereka yang terlibat dalam kejadia ini" dan "Terima kasih kepada Seekers sebab edit video ni". Untuk orang2 yang rasa video ni memang sah2 real la kan: Ada ke heboh kat media masa tahun 2009 tu kata ada budak2 kolej mati kena bunuh oleh sorang rakan diorg yg hilang sampai skang? Takde kan. Kalo ade berita camtu sure dah heboh punya cam kes Mona Fendy dulu. Ok2, sy xnak komen pasal ni, sebab di luar ruang lingkup aspek teknikal filem tersebut.
  2. Starting filem tu, masa diorg baru sampai istana tu, si Mus suruh si Sara bukakan gate tu,
    Sara : Kaula bukak!
    Mus : Aku ketua okey..
    Sara : Aku pegang kamera okey..

    Masa ni kalo korang perasan nampak sangat ada unsur2 filem, apa yang diorg cakap tu adalah skrip untuk mengenalkan watak Mus sebagai ketua kumpulan. Nampak tak?
  3. Masa awal2 filem ni si Uncle tu asyik marah2 je.. dan yg bebudak tu pulak asyik buat perangai gedik2 je (terhangkak-hangkak bak kata org Penang). Marah sket2 dah la uncle woi.. banyak2 sangat mmg nampak sangat dramanye. Tapi yang pelik tu, punyala uncle tu beria2 marahkan budak tu sbb lalai jaga equipment dia yg maha hebat tu, tapi last2 dengan slumber rock je dia bagi diorg pinjam barang2 tu untuk buat kajian sendiri. Tak cuak pulak ek?
  4. Kata tahun 2009, tapi cer tengok tudung si Fira tu. Shawl yg dia pakai tu kan trend 2011? Seingat sy la kan. Anak tudung jenis melekap kat kepala tu xde lagi masa awal tahun 2009, masa tu tgh femes tudung awning yg keras giler cam kadbod tu (tudung ekin 1st generation). Shawl2 ni org still pakai dgn anak tudung biasa kot, n org xde nak display anak tudung camtu time tu.
  5. Kata video tu just rakaman biasa je, tapi apsal kualiti macam untuk tayangan unggul movie? Lepas tu lighting pulak cun je.. walaupun kononnya tempat tu xde pasang lampu langsung n diorg pon beria2 pakai torch light bagai tapi still leh nampak atas kepala diorg ada gak cahaya lampu... cukup cerah utk capture sume kejadian dengan jelas ditambah pulak dgn alat2 penggambaran diorg yg canggih utk produce filem ni. Cube korang tengok Seekers kat NTV7, punyala gelap.. sampai kena pakai kamera infrared.
  6. Awal2 lagi si Adeq Seekers dah pesan kat diorg, kamera tu kalo pasang, tiap2 jam ke setiap 2-3jam ntah kna tukar dia punya bateri n tape. Tapi masa rakaman tu, kamera terpasang dari petang sampai pagi esoknye, xde orang tukar bateri, xde tukar tape. Ok je?
  7. Ada 1 scene tu, si Amar tu masuk tempat tu sorang2 sbb nak bakar kemenyan. Tetibe dia cam mamai, terus datang usya je kamera tu selama beberapa jam. Huh sebijik cam cerita Paranormal Activity! Ciplak~~~ Tapi yg Paranormal Activity tu nampak real la jugak sbb bila dia fast forward tu nampak btol macam dia dah berdiri situ 2-3jam. Yang ni, nampak sangat cam dia berdiri situ 3 minit je tapi caption masa kat bawah punyala laju. Bullcit!
  8. Uncle Seekers dah bagi tips kat diorg, kalo nak panggil entiti, salah satu caranya ialah umpan dia dgn pad berdarah pompuan yg masih perawan. Masa tu dah desperate kununnye, si Sara tu pegi curi pad si Fira tu n letak kat umah antu tuh. Malam tu tetibe pad tu tak semena2 terbakar dengan misteri.. masa Fira ngamuk bila kantoi tu, nampak sah2 la pad yg terbakar tu walaupun dah kaler itam sebab terbakar tapi still ada kaler merah darah. Adeyy nampak benor nipunye~ mana2 pompuan muslim pon memang dah sedia tahu, kalo nak buang pad mesti kena basuh dulu, tambah lak si Fira yg dalam cite ni konon2 dia la yg paling alim. Tu camne plak membe dia boleh curi pad dia yg tak basuh lagi tu? Ape kawan die curik dalam seluar die ke? Gile kentang~
  9. Lastly masa tengah kelam kabut dgn pembunuhan, bunyi gegar etc2 kat ujung cite ni, si Fira ni dalam takut2 dia tanak pulak dia cari pintu keluar. Kejap ke bawah, kejap ke atas. Bajetla... kalo kite pompuan sorang2, ade antu kat tingkat bawah, watpe nak lari tingkat atas, pehtu pegi bawah, atas, bawah, atas, bawah.. Kalo kite la, kompemla dah lari keluar. Cabuttttt!!!!
Takat ni tu jela yg sy boleh ingat sbb masa tengok cite xde la pulak sy bawak notepad apatah lagi Notepad++,  Textpad atau ipad nak tulis point2 yg saya dapat.. Yang sy paling xbley blah sepanjang cite ni uncle seekers tu pakai getah rambut berbulu2 yg kiut sangat ala2 pen berbulu senyum yg Afdlin Shauki try jual kat Harith Iskander tu. Sabar jela... Lagi satu, kalo korang still xcaye filem ni hanya lakonan semata2, ketahuilah bahawasanya pengarah cite ni namanya Wan Hazliza (yup, dia xletak kat credit sbb nak bagi filem ni nampak real), dan pelakon2 ni sume hidup lagi. Si Sara tu memang pelakon dan dah banyak filem dia berlakon dan si Mus tu pelakon teater kat ASWARA. Sihat wal lepat liat lagi.

Kesimpulannya, cite ni mungkin best kalo korang tengok dalam keadaan tak tau pape dan tak baca review ni.

Ni sy update sket.. kisah si luncai dengan labu-labunya.

Bak kata incik somi, "Bullcit!"

LAGI ARTIKEL MENARIK:




6 komen kat sini:

Uncle Seekers is Bullshit....aku menyampah kat dia sejak dia bertelagah dengan Fadilah Kamsah aritu...tak reti nak hormat orang langsung....pastu perasan bagus..menyesatkan orang jer kejenyer...aku tak berminat langsung dengan citer bodo nih...waste my money and time!!!
 
tau xpe.. bajet leh detect hantu la pakai alat2 dia tuh.. kaki kencheng ni
 
lagi syok baca kat blog uncle seekeers tu.siap waris Raja Billah komplen wat filem tu mmburukkn nama Raja Billah tp nak salahkan uncle seekers sorang ja. yg lawak dua2 sengal.yg waris patut slhkn production,yg uncle lk gatai p publish mnde tu pehal.lol
 
yang korang semua percaya bulat-bulat tu buat apa, uncle seekers tu penipu dari sejak tahun 1986 lagi, masa tu dia tak de lagi peralatan canggih. tapi dia suka cerita dia jumpa hantu ni, jumpa hantu tu, apa kes, hantu suka sangat jumpa dia.Baiklah kita lantik dia jadi "Duta Hantu"
 
kesian fadilah kamsah.tu la yg para ilmuan islam dulu ckp,susah org yg berilmu nak berbahas dengan org yg jahil dan penipu..sbb org mcm uncle seekers damn tu ske2 ati je leh reka2 cerita,sementara fadilah kamsah pulak kne kuarkan fakta2 btul untuk melawan balik..mmg uncle seekers damn tu pas mati,dia la jadi "hantu" first.dalam al-quran pun de tulis,syaitan,iblis dan jin boleh menyerupai pelbagai bentuk untuk menakutkan atau menyesatkan umat manusia.mne de hantu.nmpknye kita tau uncle seekers ni salah seorang manusia yg tersesat dengan tipudaya syaitan
 
Thanx for your info. I almost lied. My sister from keningau show me these movie yesterday and i think it is real. Your analysist is logic in my brain although there are some words i don't understand. :). Once more, Thank you.

Karsa, Indonesia.
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...