Mashi² Mind

memoirs of a panda

Tuesday, September 13, 2011

Penjelasan Email 1Malaysia Disepam ke Email Bukan 1Malaysia



Moshi-mosh... Hari ni lepas penat berbengkel sepanjang hari di UTM, saya pon menjalankan aktiviti riadah dan senaman harian saya iaitu aktiviti mengecheck email kat YahooMail. Uiihhh tengok² ada lak email berbau ikan yang bertajuk macam ni, "Tuntut wang anda di 1malaysiaEMAIL dan jadikan ia milik seluruh Rakyat". Ape ni? Macam berbau ugutan je nih? Tanjat boboi...

Sender email tu ditulis sebagai admin@mail1Malaysia.com.my. Tapi bila baca tajuk lak bunyinya macam tak puas hati je dengan orang yang buat email tu? Tertanya² saya, web 1Malaysia ni dah kena hack ke? Sebagai pengutuk tegar Rosmah dan isterinya, maka saya pon bertindak membaca emel tersebut dengan teliti....

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Malaysia,

Tuan/Puan semua sedia maklum Kerajaan Malaysia telah melantik sebuah syarikat untuk membangunkan projek 1malaysiaEMAIL secara “direct award”.
1malaysiaEMAIL tidak dipersetujui ramai kerana;

1)proses award,
2)kuasa komunikasi di monopoli satu pihak sahaja,
3)kawalan maklumat atau informasi oleh satu pihak,
4)data anda dan data keselamatan Negara dalam tangan satu pihak,
5)caj email,
6)Slogan 1Malaysia dikait dengan parti politik
7)khuatir ketidakadilan terjadi semasa Pilihan Raya dimana parti Kerajaan menggunakan email untuk berkempen kepada Rakyat
8)dll –

1EMAIL.my sebenarnya membantu perkhidmatan Kerajaan dan menyampaikan informasi kepada Rakyat menggunakan komunikasi 2 hala yang menakjubkan.
Dengan menyahkan sistem surat, Kerajaan menjimatkan berbillion Ringgit setiap tahun dan Kerajaan mampu berhubung dengan semua Rakyat kurang dari seminit jika ada hebahan keselamatan (eg bencana alam, virus, wabak penyakit, perang, dll)

1malaysiaEMAIL amat berbeza dengan email Yahoo! Google! Hotmail kerana 1malaysiaEMAIL menggunakan ID tulen yang mewakili diri user yang sebenar dengan disahkan oleh MyKad oleh itu ia boleh mengancam Negara sekiranya data email 1Malaysia jatuh ketangan pihak tidak bertanggungjawab, maka, adalah HARUS sistem ini dimiliki oleh Rakyat.

51% kepentingan email ini akan dimiliki Rakyat. Sebab munasabab mengapa kami berbuat demikian kerana kami mahu semua Rakyat Malaysia tanpa kira perbezaaan warna kulit, agama, politik, ekonomi, adat dan kaum berSATU di dalam web ini sebagai SATU dan tetap mengekalkan kepentingan Rakyat. –sila layari web kami untuk lebih maklumat.

Kami mahu setiap Rakyat Malaysia terlibat dan memainkan peranan penting dalam mengekalkan keharmonian kaum dan agama kerana 1malaysiaEMAIL menawarkan Malaysia FB, forUMalaysia, Malaysia Free Online Market, Malaysia wiki, dan banyak lagi. Sejajar dengan trend yang masih belum menerima 1Malaysia sepenuhnya, kami menggunakan 1Email.my sebagai domain yang menunjukkan Rakyat ber1 dan 1 email sahaja kerana kami menawarkan fungsi autoforward email ke inbox email peribadi anda.

Keutamaan kami adalah memanfaatkan Rakyat biasa yakni pendapatan dan keselamatan.

Pendapatan-> 30% dari caj email atas Kerajaan/Swasta (rumors RM 0.50/email) akan dibayar kepada Rakyat. Rakyat boleh menggunakan wang terkumpul setiap tahun untuk untuk diri, atau menderma pada individu/ kumpulan agama, persatuan, sekolah, badan amal dll.(Rumah ibadat, Sekolah, Persatuan Perumahan, Rumah Anak Yatim mendapat pendapatan berjuta ringgit setiap tahun dari 1malaysiaEMAIL.  Rakyat bantu Kerajaan jimat berbillion Ringgit, Kerajaan bayar kembali wang tersebut pada Rakyat –amat adil dan prihatin.

Keselamatan -> Email ini dibuka pada Rakyat berumur 13 tahun keatas, dan bagi yang berumur 18 tahun kebawah, setiap email anda akan di cc kepada ibubapa(atas persetujuan).

Mari! Sertai kami! Daftar Email 1Malaysia dengan kami!! Bersama-sama katakan tidak pada monopoli! Bersama-sama menjadikan email ini kepunyaan Rakyat Malaysia dan wariskan pendapatan anda di Email 1Malaysia kepada anak cucu anda.

Hakikatnya tiada apa yang mustahil dan tiada apa yang tidak dapat dilakukan dengan kuasa Rakyat. Kuasa Rakyat berSATU di bawah email 1Malaysia.
Daftar disini http://mail1malaysia.com.my  OR http://1email.my/pendaftaran

Forward email ini kepada semua kenalan dan rakan anda dan jangan lupa sertakan ID 1Email anda sebagai introducer.

Terima Kasih Malaysia.

Admin

Email yang dia hantar tu dalam dwibahasa, BM n BI. Bila saya baca yang BM, ada part yang saya tak paham sebab struktur ayat yang sangat bullcit! Nampak sangat dia tulis yang BI dulu pastu translate jadi BM. Maka saya pon rujuk ler yang versi BI supaya lebih jelas dan nyata apa yang cuba dimaksudkan...

51% 1Email will owned by Rakyat. Reason why Rakyat must own this system is because we want all Malaysian despite differences, skin color, races, religions, political view, economy, cultural and language to unite in here as ONE.  –please visit our website for more info.

We want every Malaysian to involve because 1malaysiaEMAIL also offered Malaysia FB, forUMalaysia, Malaysia Free Online Market, Malaysia wiki, and many others. Considering 1Malaysia is not fully accepted by all Rakyat, we use 1Email.my domain to show we unite as 1 and 1 email only as this system offer autoforward function.

Our top priority is to help normal Rakyat income and safety.

Income -> Every 30% from the email fee charges (rumors is RM 0.50/email) will be paid back to Rakyat. Rakyat can use the earning money from 1malaysiaEMAILfor themselves, donate to their Religion Group, Society, School, Charity etc.(check our web how Masjid, Temple, School, Orphanage House etc can earn millions Ringgit every year via 1malaysiaEMAIL.  Rakyat help Government save billions, Government pay Rakyat directly – fair enough.
Ok... dari apa yang saya paham di sini, semua rakyat Malaysia akan dapat email 1Malaysia secara percuma, tapi untuk agensi kerajaan/swasta, setiap email yang diorang nak buka dengan menggunakan domain 1Malaysia, diorang akan cas sebanyak 50sen (contoh: perkumpulanpanda_batangberjuntai@1Email.my). Rakyat akan dapat untung 30% untuk cas ni, yang bermakna rakyat akan dapat 15sen bagi setiap email yang dibuka oleh agensi gomen/swasta. Hmm... 1 email 15sen... kalau 100 email dapat RM15... kalau 1000 email dapat RM150. Ok, 30% dapat kat rakyat. Abih tu lagi 70% lak? Jawabnya untuk manage email tu ler,  bayar kos mail server, upah network admin, upah graphic designer, upah orang tengah yang makan duit rakyat lagi, etc.

1EMAIL.my help Government to deliver services and information to Rakyat via impressive 2 way communication method. By throwing letters system, Government saves billions Ringgit every year and able to reach all Rakyat less than a minute if there is any emergency alert (earthquake, viruses, disease, war, etc).

Skarang belum dibuat email 1Malaysia pon diorang dah spam kita punya email... Watpe nak susah² bukak email 1M lagi ye dak? So Rosmah, kalo ada email yang bertajuk, "Kita bangga KLCC akan dibeli sepenuhnya oleh Obama" nanti sila forward dan spam email yahoo saya lagi yer...

Considering 1Malaysia is not fully accepted by all Rakyat, we use 1Email.my domain to show we unite as 1 and 1 email only as this system offer autoforward function. 

Sejajar dengan trend yang masih belum menerima 1Malaysia sepenuhnya, kami menggunakan 1Email.my sebagai domain yang menunjukkan Rakyat ber1 dan 1 email sahaja kerana kami menawarkan fungsi autoforward email ke inbox email peribadi anda. 

Ni yang nak gelak ni. Trend la pulak 1Malaysia tak diterima sepenuhnya. Hehe... bagi saya buat apa la susah² nak bagi nama 1, 1 ni? Semua benda nak letak 1 kat depan sampai "Cuti² Malaysia" pon dah ditukar jadi "Cuti² 1Malaysia". Pakai domain malaysia.my je tak boleh ke? Bukan apa, bagi kami orang² IT ni rasa cam tak ngam pakai domain 1Malaysia tu sebab dah biasa dengan pantang-larang bila declare variable, tak boleh letak nombor sebagai permulaan nama variable, nanti akan jadi error. Rimas kot tengok... rasa cam nak pegi debug je... huhuhu~~

Papepon lantak ngko ler pak jib... telan duit rakyat berjuta² lion² king, nak pulangkan 15sen... ni baru dengar berita pagi tadi, nanti lepas pilihanraya umum nak ditambah lagi cuti cukai tah hape² lagi untuk menambahkan beban rakyat. Terima kasih Najib, Rosmah. Hidup 1 Malaysia. #sarcasm


MAS Balas Kutukan Airasia - Perli Baekk Punya

Saya adalah pelanggan tetap kedua² syarikat penerbangan MAS dan Airasia. Walaupun tak mampu naik flight tiap² hari, tapi macam orang lain, sy daftar la jugak kat diorang punya web portal n berjaya membuatkan mereka menyepam email sy setiap bulan. Bulan Jun yang lalu, sy ada terima satu email spam dari Airasia yang kelihatan agak butthurt je bunyinya boleh kelihatan ke bunyi tu?




Tajuk email tu "We Innovate, Others Immitate".

Haha tergelak sy baca email nih! gelak sorang² jela, takde kawan nak gelak ramai² Semua orang dah sedia maklum yang MAS adalah satu²nya seteru Airasia, dan MAS yang banyak tiru Airasia dari segi penjualan tiket online dan tambang murah. Haha... berani tu sound direct punya... Saje je time tu sy print screen email ni, just for the lulz.

Tiba² bulan ni pulak (September) datang la pulak emel sepam jugak dari MAS yang lagi skali membuatkan sy tergelak sorang² lagi...

Tajuk email ni pulak, "We've innovated, now we're nominated!"

MAS: "Ooo korang kutuk cakap kitorang immitate ye... kitorang yang innovate airline kat Malaysia ni la!"

Agaknye MAS tak tau bezakan innovate dengan pioneering kot. Hehe.. lucu la diorang ni. Dengan email customer pon boleh main balas² kumpulas balas kutuk tanpa kita sedar. Ikut kan aje la~~  Korang nak balas² email ke, perang twitter ke, nak letak tembok besar antara KLIA ngan LCCT ke... ada aku kesah? Janji tambang kena maintain murah sebab ini adalah penting untuk survival orang semenanjung yang merantau ke borneo tapi takde elaun wilayah macam saya ni. 

Sekian.




LAGI ARTIKEL MENARIK:




Monday, September 12, 2011

Ahmad Idham Bengang Kena Tegur Di FB


Moshi-mosh.. Terbantut lagi niat nak sambung entri pasal trend lagu popular malaysia tu. Esok² la ye.. Skang ni sy tengah hangat hati ngan Ahmad Idham ni. Alkisahnye ada sorang mamat ni pegi tegur Ahmad Idham di Facebook berkenaan isu Hantu Bonceng arahan beliau tu (sila rujuk post sy sebelum ni - [Review] Hantu Bonceng: Indah Khabar Dari Rupa... Ape celup ni toq?) lepas tu dia jawab dengan cara yang sangatla membuatkan isi pankreas sy menggelegak macamla aku yang tulis msg tu yg nak butthurt lebey² tu pesal? Taula awak tu baru dapat 5 juta, tapi bila orang tegur tak reti nak jawab elok² ke? Ahh korang baca la sendiri~


Ma**** Az*****

Assalamualaikum Saudara,

Maaf m'ganggu, cuma saya nk ambil kesempatan ini menyuarakan pendapat peribadi saya berkenaan filem arahan saudara iaitu Hantu Bonceng telah memperlihatkan adegan 'Azan', ucapan dua kalimah syahadah dan perlakuan tasyahud akhir dijadikan babak jenaka. Dukacita ingin saya nyatakan sebagai salah seorg peminat filem tanah air saya merasa amat tersentap melihat adegan-adegan ini dijadikan bahan jenaka.

Maafkan sekiranya saya tersilap saudara. Tetapi sebagai umat Islam dan hamba kepada yg maha Esa, saya tidak rela melihat perbuatan seperti 'Azan', ucapan dua kalimah syahadah dan tasyahud akhir diperlekehkan dan menjadi bahan ketawa ramai.

Mungkin niat asal kita adalah baik tetapi hasilnya mungkin menjadi sebaliknya. Saya amat berharap sgt dan merayu pada saudara agar perkara yg berkaitan agama jgnlah dijadikan bahan duniawi melainkan atas tujuan dakwah dari sudut ilmiah bukannya lawak jenaka.
Maafkan saya lagi sekali sekiranya tersilap bahasa dan kata dalam menyuarakan padangan saya ini.

Wasalam



Ahmad Idham Ahmad Nadzri

Terlebih dahulu saya ucapkan terima kasih kerana menonton filem HB. Bukanlah niat saya untuk mempersoalkan kembali niat suci anda.. Tetapi saya juga ingin bertanya adakah anda ini seorang yg sudah sampai ke tahap yg layak untuk meperbahaskan soal Islam setanding dengan cendikiawan agama yg bergelar ulamak. Untuk pengetahuan cik .. Filem ini telah terlebih dahulu di tapis dan dinilai oleh pihak LPF yg terdiri dari pakar pakar agama yg bertauliah. sebab itu filem ini di benarkan keluar. Jadi nasihat saya, tak perlulah awak nak sibuk menegur org lain sekiranya diri sendiri pun masih cetek dlm ilmu agama. Tahap awak belum sampai ke tahap pemikiran org yg telah terlebih dahulu meneliti setiap perkara yg sensitif dlm hal agama. Saya nasihat awak pergi belajar dengan lebih mendalam dalam hal agama sebelum kita nak memandai mandai menegur org lain. Ingat:- allah tidak memandang pada rupa paras dan pakaian seseorang tapi pada hati yg bersih dan suci... Renung renung lah...



Ma**** Az*****

Assalamualaikum..

Terima kasih kerana sudi luangkan masa membalas msg saya.

Saya akui saya cetek ilmu agama. Saya akui saya tidak setaraf para ulamak. Saya akui tahap pemikiran saya tidak setinggi mana.
Saya cuma menyatakan pandangan saya sebagai hamba Allah. Mungkin saya salah, mungkin saya betul. Terserah. Wallahualam...


wasalam

Der, atau mungkin awak lebih prefer dipanggil Toq, mamat tu tanya punyala beradab takut kamu kecik ati, abih tu x boleh ke jawab elok² sikit? Ahhh... lantak ko la toq! Celup! Celup!

Disclaimer: Message ni sy dapat dari komen blog orang lain. Memandangkan blog sy ni tak fofuler, maka sape kesah kalo sy copy-paste kat sini ye dak?

Saturday, September 10, 2011

[Review] Hantu Bonceng: Indah Khabar Dari Rupa... Ape celup ni toq?



Moshi-mosh... hehe terbantut kejap niat nak menyambung entri lepas pasal trend lagu-lagu popular di Malaysia sejak sy lahir sampai sekarang. Next entri sy sambung yer... Alkisahnye sy ngan incik somi pegi tengok wayang semalam cite Hantu Boceng lakonan Zizan Raja Lawak dan Juliana Evans. Actually dah nak pegi tengok dah Ahad lepas tapi tiket habis dow laku giler citer nih. So kali ni sy dah book awal2 lagi tiket (sehari sebelum) semata² sebab takut tiket habis lagi. Ramalanku benar belaka... masa pegi tengok cite tu, satu wayang penuh dengan orang sampaikan aircond pon tak rase, panas dengan body thermal para manusia dlm wayang tuh. Padanla kutipan Hantu Bonceng setakat ni dah masuk 5juta++ dah. Kaye lagi la itu Mister David Teo, boleh bikin lagi manyak filem film. Oppsss... tapi filem ni terbitan Excellent Pictures la, bukan Metrowealth.. Itu company Ahmad Albab Idham yang punyaaa...

Update: Kutipan Hantu Bonceng hingga 14/9/2011. Sumber dari Finas.
P/s: Sadis giler tengok kutipan Karipap² Cinta. Tula... sape soh bagi nama karipap...
dahla Gambit anjing lak tu berlakon memang orang boikot ler~
Cerita ni mengisahkan tentang seorang mat rempit bernama Amran yang suka merempit bersama bestfren a.k.a manager rempit beliau yang bernama Kunyit lakonan orang yang sy tak kenal n tak minat langsung. Pada suatu malam, si Amran ni baru menang satu race n dia dapatla habuan seorang bohsia anak dara kampung yang bernama Maya. Agaknye dah memang takde rezeki, baru je dia angkut bonceng minah ni, terus diorang kena langgar ngan sebijik lori... Amran tu terselamat la tapi minah tu pulak mati katak di tempat kejadian. Sejak itu, mat rempit tersebut mula diganggu oleh roh pompuan tak sempat jadi bohsia tersebut...

Siti tudung separuh Nurhaliza ngan atok khalid pon dah pegi tengok cite ni... korang dah?
Disebabkan sy org pertama yang beli tiket untuk show time tu, maka kitorg dapat seat baekkk punya tengah² wayang. Hehe.. so masa permulaan cerita tu, my 1st impression is, "Apakah ini?" amende diorg cakap nih? Siyes sy tak berapa dapat tangkap... scene yang pertama masa tu kalau tak silap adalah scene si Zizan (Amran) baru sudah habis merempit n tengah berhoha-hoha dengan rakan² rempitz beliau. Tak tau la sebab sound system tak ok atau sound system telinga sy yg dah lama tak servis tak ok, tapi agak pening gakla nak pahamnye... Tapi lepas berkerut-kerut selama 2-3 scene, barulah sy mula dapat memahami punca ketidakfahaman sy tadi...

Remake Adnan Sempit?

Bagi sy cerita arahan Ahmad Idham kali ni saling tak tumpah macam Adnan Sempit... Yelah, cerita berkisar pasal mat rempit jugak, ada sorang bestfren rempit jugak, keje pon yang pakai moto jugak (Amran ni keja sebagai pizza delivery boy). Bezanya cerita Adnan Sempit berkisar tentang kisah mengorat anak orang kaya, Hantu Bonceng lak pasal... pasal... er... ni yang payah nak cerita nih.
Hantu yang membonceng sambil pakai sandal... mat rempit tu punyala takut sampai tak sempat angkat tongkat moto kot

Dalam usaha untuk membuang hantu bonceng tu dari hidup beliau, macam²la si Amran ni buat sampai jumpa bomoh, pegi bilik mayat, jumpa ustaz etc. Pada permulaan cerita memangla difokuskan kepada bohsia yang tak jadi bohsia tapi jadi hantu bonceng tu, tapi lepas separuh cerita yang tak seram ni, dah takde dah pon pasal hantu tu sebab misteri hantu tu dah selesai. Lepas tu cerita tu mula meleret² pasal kisah percintaan Kunyit dengan adik ustaz (Dottie), adik kembar maya berpakat dengan abang kepada awek Amran (lakonan Jue Aziz) untuk kenakan Amran what the fuu is this? , nasik kangkang, etc.
Amran (pizza guy) dan aweknya Halimaton (nurse gomen). Antara dialog xbley blah diorg -
Amran: Baby... Baby... Tolongla Ucuk ni Baby... Baby... Baby... Baby.....Babyyyy....
Halimaton: Babi!!!

Toq... Ape celup?

Kalau dalam Adnan Sempit, popular dengan istilah "der", filem ni pulak cuba mempopularkan istilah yang lebih annoying untuk gantikan "der" tu dengan "toq". Haa.. sebab tu la awal² citer ni sy jadi blur giler.. sikit² toq.. toq... lepas 10 minit cite baru la ada sebut nama hero tu Amran. Seriously annoying gila.. toq.. toq... "der" kan lagi sedap? Selain "toq", filem ni jugak banyak pakai istilah "ape celup?". Hai... lantak ko la toq~

Hantu Bonceng hina Islam?
Dah banyak blogger cakap pasal isu ni... Cerita Hantu Bonceng ni dikatakan banyak mempersendakan Islam n tidak sensitif terhadap agama. Hmm.. mungkin jugak. Tengok filem ni banyak jugakla buat sy menggeleng kepala... antaranya:

  1. Cerita ni sangat so-sial. Rempit-merempit, peluk-memeluk, togok arak, main pompuan etc. Siap ada plak tu bestfren dia cakap, "Selamat malam pertama toq, untuk kali ke-7". Siotttt~~~
  2. Nak halau hantu, jumpa bomoh. Bomoh lak tah pape bagi air suruh tabur kat simpang la bagai.
  3. Bomoh tak jalan, baru jumpa ustaz. Ustaznye pulak si Cat Farish. Memang ler kelakar... tapi macam tak proper pon ada. Nak halau hantu cuma baca Qulhualluahad. Nasihat orang pandai, tapi adik sendiri pakai seksi. Pakai tudung pon time buat gotong-royong kat surau je. Wait, gotong-royong kat surau? Ape kena-ngena ngn cite ni? Yup, cite ni memang jauh melalut macam scriptwriter takde idea dah.
  4. Diorang pegi jumpa ustaz tu dalam surau, masa pegi surau lak si Zizan boleh pulak pakai baju Death Note, siap ada tanda salib lagi. Ape dah takde baju lain ke nak pakai? Sangat tak sesuai okey~
  5. Lepas jumpa ustaz, si 2 ekor toq ni tadi pon jadi insaf... diorang nak jadi mat rempit suci la kunun. Bila jumpa awek pon si Amran ni ceramah baik punya kat awek dia. Pastu diorang jalan pegang² tangan. Problem?
  6. Scene bogel. Ada 2 kali Zizan berlakon bogelicious dlm ni, time dia jumpa hantu (sbb hantu takut org bogel) n masa dia kena blasah ngan abang awek dia pastu kena tinggal tanpa pakaian kat taman tasik titiwangsa. Paling tak boleh blah bila dia cakap kat #### dia sendiri, "Berhasil, terima kasih."
  7. Scene 18SX. Tak taulah macam mana cite ni boleh dapat pangkat U, padahal banyak dialog yg double meaning dan berbau seksa. Contohnya time adik Maya menumpang kat rumah Amran, sesedap jiwa oren je dia tido tayang peha... Time Amran dah stim, bestfren dia lak pegi azankan kat telinga dia. Lepas tu dia sedar diri, n berjalan sambil tutup #### dengan helmet. #lupikirlasendiri
  8. Scene nasik kangkang. Tak bley blah tuu kangkang atas rice cooker...
Ni komen Ahmad Idham tentang Hantu Bonceng persenda agama:
http://www.sinarharian.com.my/sh/com/content/story9500302.asp

Saya adalah orang yang sangat skeptikal bila menonton. Bagi sy cerita yang bagus ditentukan oleh pengarah yang bagus dan jalan cerita yang bagus, yang boleh menyentuh jiwa orang yang menonton. Memang banyak part dalam cite ni yang buat orang gelak n boleh bagi pengajaran, tapi bagi sy jalan cerita filem ni tak kemas; tak tersusun dengan elok dan lebih sesuai kalau dijadikan drama bersiri sebab banyak scene yang tak ada kaitan antara satu sama lain. Mungkin penulis skrip ni adalah orang yang sama yang tulis cerita Adnan Sempit The Series kot?

Kesimpulannya, cerita ni bolehla dilayan buat hiburan ringan. Bagi saya cerita ni indah khabar dari rupa.. ingatkan best giler la rupanya tak giler pon. Nak  layan gelak² tu bolehla, tapi bagi saya kalau nak dibandingkan dengan Adnan Sempit, sorry to say der, cerita ni kalah ler. Saya bagi 3/5 bintang. Cukup tak toq?

Cikidout lagi satu entri saya pasal filem ni: Ahmad Idham Bengang Kena Tegur Di FB

LAGI ARTIKEL MENARIK:




Thursday, September 8, 2011

Trend Lagu² Popular di Malaysia Sejak Aku Dilahirkan

Lagu korea berkumandang lagi, membuatkan tanganku perlahan-lahan menutup telinga. Tahun ni tahun k-pop nampaknya. Sana-sini orang dok pasang lagu korea sampai saya rasa agak kemenyampahan dengan bunyi-bunyian tersebut. Hmm tiba-tiba teringat lak trend-trend lagu yang pernah popular dulu...

80an - awal 90an : Zaman Gelap
Time ni ape pon tak boleh.. hehe.. Sesungguhnya saya masih kanak-kanak ribena lagi time tu maka lagu-lagu yang saya tau cuma lagu katun (hafal tuh lagu doraemon!) dan lagu-lagu Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah macam lagu Burung Tiong, Abang Balik Kampung, Bapaku Pulang Dari Kota, Hujan, Betik, Semut, Air Terjun, Bila Aku Sudah Dewasa, dan banyak lagi yang saya dah lupa. Lirik-lirik lagu ni saya tulis dalam buku muzik yang ada line separuh, kosong separuh. Bahagian kosong tu pulak saya lukis gambar. Those were the days~

1992 - 1995 : Zaman Rap

Yo! yo! yo! Masa ni saya sekolah rendah lagi... Time tu tiba-tiba lak muncul group-group boy band n girl band yang ala-ala rapping gitu... Yang paling hot time tu seingat saya kumpulan Nico, 4U2C ngan KRU. Group pompuan lak ada Res2, Feminin ngan Sister-sister ke hape ntah. Haha paling tak bley blah zaman rap tu jugak femes giler fesyen pakai baju besar dengan seluar baggy, topi terbalik, pastu gantung CD kat tengkuk bajet cool.. 4U2C lak lagi best menari seret-seret kaki. Lagu paling hot time tu yang saya ingat lagu Feminin la.. "Angin bayu membawa diriku, sepintas lalu ku terkenangkanmu" (Untukmu), KRU popular ngan lagu Awas, Nico - Inilah Nasibku, 4U2C - Fiona... pehhh nostalgia siot!



1996 : Elite & Dangdut

Time ni tengah femes orang dok buat bunga straw ngan itik kertas (lipat bagi jadi 3 segi pastu susun jadi itik swan". Masa ni la jugak munculnya kumpulan Elite dengan lagu GIG diorang aakk owoo caramu dan caraku aakk owoo tak sama tak diragu huii masa ni kat sekolah saya budak-budak yang bajet cool tu dok pakat menari lagu elite la. Saya lak tak boleh join sebab kena pulau masa tu sebab saya tak cool, rempang, kengkang dan loyar buruk. Masa ni jugak ntah macam mana boleh datang gelombang zaman dangdut la pulak... punyala recording company dok berlumba-lumba keluarkan artis dangdut masa tu sampaikan Ramlah Ram pon buat album dangdut. Orang yang paling minat dangdut masa tu ayah saya kot, dia paling gila lagu Amelina ngn Iwan (Yang Tersayang). Dalam kereta kitorang masa tu ayah asyik pasang kaset dangdut je. Bayangkanla, dia dok pasang kaset tu ulang-ulang langsung tak berenti sepanjang perjalanan dari Kedah ke Negeri Sembilan. Sesungguhnya sampai sekarang saya hafal lagi lagu-lagu dangdut dalam kaset tu oh sungguh nightmare >.< Time elite ngan dangdut ni jugakla popular trend orang pakai skirt pendek yang amat pendek paras peha... dipopularkan lagi oleh pelakon Ary Malik yang berlakon drama kolej masa tu. Min Malek pon pupular jugakla time tu dengan lagu Bunga-bunga Cinta.

bersambung...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...