Moshi-mosh.. Terbantut lagi niat nak sambung entri pasal trend lagu popular malaysia tu. Esok² la ye.. Skang ni sy tengah hangat hati ngan Ahmad Idham ni. Alkisahnye ada sorang mamat ni pegi tegur Ahmad Idham di Facebook berkenaan isu Hantu Bonceng arahan beliau tu (sila rujuk post sy sebelum ni - [Review] Hantu Bonceng: Indah Khabar Dari Rupa... Ape celup ni toq?) lepas tu dia jawab dengan cara yang sangatla membuatkan isi pankreas sy menggelegak
Ma**** Az***** Assalamualaikum Saudara, Maaf m'ganggu, cuma saya nk ambil kesempatan ini menyuarakan pendapat peribadi saya berkenaan filem arahan saudara iaitu Hantu Bonceng telah memperlihatkan adegan 'Azan', ucapan dua kalimah syahadah dan perlakuan tasyahud akhir dijadikan babak jenaka. Dukacita ingin saya nyatakan sebagai salah seorg peminat filem tanah air saya merasa amat tersentap melihat adegan-adegan ini dijadikan bahan jenaka. Maafkan sekiranya saya tersilap saudara. Tetapi sebagai umat Islam dan hamba kepada yg maha Esa, saya tidak rela melihat perbuatan seperti 'Azan', ucapan dua kalimah syahadah dan tasyahud akhir diperlekehkan dan menjadi bahan ketawa ramai. Mungkin niat asal kita adalah baik tetapi hasilnya mungkin menjadi sebaliknya. Saya amat berharap sgt dan merayu pada saudara agar perkara yg berkaitan agama jgnlah dijadikan bahan duniawi melainkan atas tujuan dakwah dari sudut ilmiah bukannya lawak jenaka. Maafkan saya lagi sekali sekiranya tersilap bahasa dan kata dalam menyuarakan padangan saya ini. Wasalam |
Ahmad Idham Ahmad Nadzri Terlebih dahulu saya ucapkan terima kasih kerana menonton filem HB. Bukanlah niat saya untuk mempersoalkan kembali niat suci anda.. Tetapi saya juga ingin bertanya adakah anda ini seorang yg sudah sampai ke tahap yg layak untuk meperbahaskan soal Islam setanding dengan cendikiawan agama yg bergelar ulamak. Untuk pengetahuan cik .. Filem ini telah terlebih dahulu di tapis dan dinilai oleh pihak LPF yg terdiri dari pakar pakar agama yg bertauliah. sebab itu filem ini di benarkan keluar. Jadi nasihat saya, tak perlulah awak nak sibuk menegur org lain sekiranya diri sendiri pun masih cetek dlm ilmu agama. Tahap awak belum sampai ke tahap pemikiran org yg telah terlebih dahulu meneliti setiap perkara yg sensitif dlm hal agama. Saya nasihat awak pergi belajar dengan lebih mendalam dalam hal agama sebelum kita nak memandai mandai menegur org lain. Ingat:- allah tidak memandang pada rupa paras dan pakaian seseorang tapi pada hati yg bersih dan suci... Renung renung lah... |
Ma**** Az***** Assalamualaikum.. Terima kasih kerana sudi luangkan masa membalas msg saya. Saya akui saya cetek ilmu agama. Saya akui saya tidak setaraf para ulamak. Saya akui tahap pemikiran saya tidak setinggi mana. Saya cuma menyatakan pandangan saya sebagai hamba Allah. Mungkin saya salah, mungkin saya betul. Terserah. Wallahualam... wasalam |
Der, atau mungkin awak lebih prefer dipanggil Toq, mamat tu tanya punyala beradab takut kamu kecik ati, abih tu x boleh ke jawab elok² sikit? Ahhh... lantak ko la toq! Celup! Celup!
Disclaimer: Message ni sy dapat dari komen blog orang lain. Memandangkan blog sy ni tak fofuler, maka sape kesah kalo sy copy-paste kat sini ye dak?
4 komen kat sini:
sebab realitinya, di kalangan 'kita-kita' yang kurang tahu bab2 agama, bila takutkan hantu... dari kecik sampai besar kita disogokkan dengan segala bacaan yang mampu terlafaz saja. Ahmad idham menunjukkan kepada kita, realiti.
dan pengkomen tu pun betul gak. tak kan selamanya kita nak terus begitu, ye dok? sedikit2 kita harus berubah.
just dalam case ni, the biggest prob is manner.
owh yeah. pada saya, both sides tak cuba nak faham apa yang pihak lawan dia nak sampaikan. itu je.
:)
ORANGPERLIS MENULIS (update):
: Kesalahan dalam filem HANTU BONCENG didedahkan
Post a Comment