Mashi² Mind

memoirs of a panda

Sunday, October 9, 2011

[Review] Libas - Keranamu Hero Tua

Moshi-mosh... Dah agak lama saya tak update blog kan? Actually bz sketlah dah dekat² nak final exam ni... Penat kejar nak abiskan silibus. Ok, berbalik kepada pangkal jalan tajuk asal, hari Rabu lepas macam biasa incik somi ajak tengok wayang lagi. Disebabkan dah takde cite best n nak boikot Namewee punye pasal (boleh blah la ngan ko punye nasik lemak) incik somi telah menyarankan kitorg tengok cite Libas. Erk.. memule memang saya rasa sangat fuuu nak tengok filem ni sebab heronya si tua Rosyam Nor tapi dah takde cite lain n ada Johan, so blasah jela~


Perasan tak muka Scha dalam poster ni lain? Saya rasa tu bukan Scha. Poster pon ada double ke? 
Sinopsis
Tengok poster ni langsung takde rasa berminat nak tengok filem ni kan? True, true.

Filem ni kununnye bergenre aksi komikal yang mengisahkan tentang seorang hero tua bernama Adnan Sardin Saladin yang dilakonkan oleh tak lain tak bukan, Rosyam Nor si hero tua dey, bape kali mau ulang da?. Si Adnan Sempit Saladin ni juara dalam permainan Libas la.. Libas? Ape tu? Lipas? Libas tu takraw la.. Orang kampung panggil sepak raga, tapi Libas ni lagi brutal. Alkisahnye dalam cite ni kununnye dalam Malaysia ni ada satu port Libas underground yang mana tiap² tahun setiap negara akan berentap dalam Kejuaraan Libas Antarabangsa untuk merebut gelaran Juara Libas. Adnan Saladin ni kira orang yang paling otai la, tapi malangnya dia telah dikalahkan oleh pasukan Thailand selama 2 tahun berturut² n kaki dia pun dah injured sebab kena blasah dengan libasan otai Libas Thailand, Aek Mangkorn lakonan Zek Zamri.

Tahun ni kejuaraan Libas akan diadakan lagi n coach si mamat ni mintak dia cari apprentice untuk join dia lawan sebab dia "dah tak banyak masa lagi". Kununnye kalo Malaysia kalah, maruah negara akan tercalar, Thailand akan dapat bola warisan sepak raga dan diorang boleh claim yang takraw ni asal dari negara diorang.

Makanya, si hero tua ni pon mulalah mencari pelapis beliau... Masa jalan² kat tepi jalan, dia pon terjumpa dengan Hamadi lakonan Johan raja lawak dan Kumok lakonan ntah la ape nama die. Adnan Saladin pon merekrut diorang sampai jadik terer main Libas nih... 

Dalam masa yang sama ada lagi la beberapa konflik dalam cite ni... Adnan Saladin ni tunang kepada anak coach beliau yang bernama Ratna lakonan Scha Al-Yahya (Ratna ni terer jugak main Libas, anak coach katakan). Tak semena-mena pertunangan diorang telah diputuskan (tak tau la sebab pe). Pastu ada la pulak mamat bernama Megat ni (player Libas gak) yang nak tekel² si Ratna. Side story aside, nyemak je.

Prepare punya prepare, tibalah masa yang ditunggu² iaitu hari pertandingan... So sape yang menang? Bola pusaka tu dapat kat sape? Thailand main kotor ke main Bersih 2.0? Ratna tu dapat kat sape lak? Ada ke lipas dalam filem ni? Tu korang beli tiket n tengokla sendiri... Tapi part sape menang tu dah boleh agak la kot~
Komen, Kritikan, dan Kutukan
Masa tengok cite ni, ada bape kerat je penonton dalam panggung wayang tu. Memang dah boleh agak la sbb poster pon dah tak menarik kan. Overall, saya boleh katakan filem ni agak klakar la jugak. 1st, sebab tak tahan tengok Rosyam Nor si hero tua nih berlakon punyala bajet macam muda. 2nd,sebab tengok aksi Johan n Kumok yang memang pak lawak dalam citer nih. Haha.. memang tak boleh blah la lawak si Kumok tu. Tengok muka dia je dah rasa nak gelak. Kitorg 1 wayang masa tu gelak giler² tengok aksi diorang. Ok 3rd, kirorg gelak pecah perut tengok babak² yang tak menjadi... Fail! Ahaha~~

Thanks to Johan n Kumok... Kalo takde diorang memang lingkup la cite ni.
Oh Si Hero Tua~

Bape puluh kali dah ulang nih. Hoho... Memang takleh terima la dia yang jadi hero filem ni. Dahla bajet cool n hensem plak tu. Bertunang lak ngan Scha Al-Yahya... Adoi please laa... Nak termuntah kot tengok aksi anak dara bercintan ngn pakcik ni. Lain kali kalo nak cari hero tu biarla berpadan dengan umo yek, cuba la taruk Aaron Aziz ke, Awal Ashaari ke, takpon letak Shaheizy Sam kompem meletup. Kalo nak tua sangat pon even Awie pon takpelah at least dia best jugak dlm Hantu Kak Limah, takde bajet hensem macam Rosyam Nor nih. Dalam filem ni diorang pakaikan dia dgn baju ala² hip hop gitu nak bagi nampak muda. Phuii~ 
Chomel la tu kunun

CGI Fail
Filem ni mengambil masa 2 tahun untuk disiapkan (tu pasal la Johan pon kurus lagi dalam cite ni) sebab nak letak banyak² CGI dalam tu tak taula balik modal ke tak. Kononnya diorang nak tiru macam Shaolin Soccer la cite ni, banyak efek mengarut masa main Libas yang brutal neh sampai bergoncang dunia la ibaratnye. Bola yang digunakan dalam filem ni hampir 100% CGI semata². Tapi yang hampehnye visual artist banyak ngelat, banyak scene yang orang tu buat aksi je macam tengah main tapi bolanye langsung tak nampak. Ingat penonton tak perasan ke? Kamon men~
Nampak benor nipunye~

Ha'ah, komikal la sangat
Oleh kerana filem ni bergenre aksi komikal, maka banyaklah adegan tak masuk akal dalam filem ni. I love list. Lets make a list.

  1. Bola je dah CGI, aksi pon punyalah gedebak-gedebuk nampak benor nipunye~ Ahh malas nak komen.
  2. Masa Kumok lawan ngan peragut, peragut tu bukan nak bertumbuk ke atau bantai die ngan kayu ke ape tapi peragut tu dok baling² barang dalam raga moto dia lak macam pondan. Yang tak tahan tu boleh pulak baling telur tapi tak pecah sebab Kumok terer sambut dengan perut. Ok, mungkin tak pecah kalo sambut ngan perut, tapi lepas tu mana telur tu pegi? Jatuh ke tanah gak kan? Tapi lepas tu Kumok tu tunjuk kat peniaga kedai makan tempat dia hantar telur tu, semua telur dalam bakul dia tu selamat. Piiiigirah!
  3. Kononnya semua negara pon bertanding dalam Libas ni. Siap tunjuk pasukan Jepun pon dok berlatih jugak. Tapi yang takbley blah tu sume negara cakap Melayu! Ada jugakla sikit² cakap bahasa negara diorang tapi sangatlah nipunye siap ada honda suzuki bagai. Orang Siam pon cakap Siam cam naharam je.
  4. Konon² pertandingan berprestij ler, reward sampai 100,000USD tapi buat underground jek, pastu penonton sume macam mamat Chow Kit je. Pengadil, penganjur, pengulas, sumeee cakap Melayu. Yang dok bagi bola pon pakai macam costume party. WTH? Camni ke perlawanan peringkat Antarabangsa?
Ni team Thailand nha, tapi cakap Siam pon maydai nha..
Sikit² Maruah. Balik² Maruah.
Rasa annoying gila ngan coach Libas nih. Dahla atok tua ni pon rugged lagi ngan rambut panjang siap ikat key kat dahi, pastu sikit² maruah. Orang tanya kenapa nak kena menang pertandingan ni? Sebab maruah. Balik² dok sebut maruah tu. Orang dah injured nak mati pon dia tak bagi stop sebab MARUAH. Adehh... Alasan tak cukup kuat la takat sebab maruah tu. Cuba la buat alasan yang lebih kukuh kenapa diorang kena menang pertandingan tu, sebab Ratna kena culik ke, sebab Malaysia nak kena bom ke... Cuba la kreatif sikit. Yang tak paham tu, diorang punyala nak bertanding sebab nak berebut bola warisan tu tapi last² rupanya bola tu ada dalam simpanan Adnan Saladin selama ni. So what's the point? Arghhh rageeeeee!!!!
Ok²
Disebabkan ini adalah hasil kerja seorang pengarah baru maka saya maafkan jela ada orang tu mintak maaf ngan ko? Apapun niat diorang harus dipuji sebab cuba memartabatkan permainan sepak takraw yang hampir pupus akibat kedatangan futsal sekarang ni. Apapun lebih baikla tengok filem ni daripada tengok filem nasik lemak hasil pengarah racist yang takde adab tu. Boikot! Buruk² cite ni pon, kitorang gelak pecah perut jugak. Hilang stress.


Overall, Saya bagi 2.5/5 bintang!

LAGI ARTIKEL MENARIK:




0 komen kat sini:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...