Mashi² Mind

memoirs of a panda

Wednesday, October 26, 2011

Evolusi Tudung Siti

Siti oh siti... makin lama makin pelik fesyen tudung kaw ni... Korang layannn jelah~ (Entry versi malas menaip. Photoshopkan aje)

Sunday, October 9, 2011

[Review] Libas - Keranamu Hero Tua

Moshi-mosh... Dah agak lama saya tak update blog kan? Actually bz sketlah dah dekat² nak final exam ni... Penat kejar nak abiskan silibus. Ok, berbalik kepada pangkal jalan tajuk asal, hari Rabu lepas macam biasa incik somi ajak tengok wayang lagi. Disebabkan dah takde cite best n nak boikot Namewee punye pasal (boleh blah la ngan ko punye nasik lemak) incik somi telah menyarankan kitorg tengok cite Libas. Erk.. memule memang saya rasa sangat fuuu nak tengok filem ni sebab heronya si tua Rosyam Nor tapi dah takde cite lain n ada Johan, so blasah jela~


Perasan tak muka Scha dalam poster ni lain? Saya rasa tu bukan Scha. Poster pon ada double ke? 
Sinopsis
Tengok poster ni langsung takde rasa berminat nak tengok filem ni kan? True, true.

Filem ni kununnye bergenre aksi komikal yang mengisahkan tentang seorang hero tua bernama Adnan Sardin Saladin yang dilakonkan oleh tak lain tak bukan, Rosyam Nor si hero tua dey, bape kali mau ulang da?. Si Adnan Sempit Saladin ni juara dalam permainan Libas la.. Libas? Ape tu? Lipas? Libas tu takraw la.. Orang kampung panggil sepak raga, tapi Libas ni lagi brutal. Alkisahnye dalam cite ni kununnye dalam Malaysia ni ada satu port Libas underground yang mana tiap² tahun setiap negara akan berentap dalam Kejuaraan Libas Antarabangsa untuk merebut gelaran Juara Libas. Adnan Saladin ni kira orang yang paling otai la, tapi malangnya dia telah dikalahkan oleh pasukan Thailand selama 2 tahun berturut² n kaki dia pun dah injured sebab kena blasah dengan libasan otai Libas Thailand, Aek Mangkorn lakonan Zek Zamri.

Tahun ni kejuaraan Libas akan diadakan lagi n coach si mamat ni mintak dia cari apprentice untuk join dia lawan sebab dia "dah tak banyak masa lagi". Kununnye kalo Malaysia kalah, maruah negara akan tercalar, Thailand akan dapat bola warisan sepak raga dan diorang boleh claim yang takraw ni asal dari negara diorang.

Makanya, si hero tua ni pon mulalah mencari pelapis beliau... Masa jalan² kat tepi jalan, dia pon terjumpa dengan Hamadi lakonan Johan raja lawak dan Kumok lakonan ntah la ape nama die. Adnan Saladin pon merekrut diorang sampai jadik terer main Libas nih... 

Dalam masa yang sama ada lagi la beberapa konflik dalam cite ni... Adnan Saladin ni tunang kepada anak coach beliau yang bernama Ratna lakonan Scha Al-Yahya (Ratna ni terer jugak main Libas, anak coach katakan). Tak semena-mena pertunangan diorang telah diputuskan (tak tau la sebab pe). Pastu ada la pulak mamat bernama Megat ni (player Libas gak) yang nak tekel² si Ratna. Side story aside, nyemak je.

Prepare punya prepare, tibalah masa yang ditunggu² iaitu hari pertandingan... So sape yang menang? Bola pusaka tu dapat kat sape? Thailand main kotor ke main Bersih 2.0? Ratna tu dapat kat sape lak? Ada ke lipas dalam filem ni? Tu korang beli tiket n tengokla sendiri... Tapi part sape menang tu dah boleh agak la kot~
Komen, Kritikan, dan Kutukan
Masa tengok cite ni, ada bape kerat je penonton dalam panggung wayang tu. Memang dah boleh agak la sbb poster pon dah tak menarik kan. Overall, saya boleh katakan filem ni agak klakar la jugak. 1st, sebab tak tahan tengok Rosyam Nor si hero tua nih berlakon punyala bajet macam muda. 2nd,sebab tengok aksi Johan n Kumok yang memang pak lawak dalam citer nih. Haha.. memang tak boleh blah la lawak si Kumok tu. Tengok muka dia je dah rasa nak gelak. Kitorg 1 wayang masa tu gelak giler² tengok aksi diorang. Ok 3rd, kirorg gelak pecah perut tengok babak² yang tak menjadi... Fail! Ahaha~~

Thanks to Johan n Kumok... Kalo takde diorang memang lingkup la cite ni.
Oh Si Hero Tua~

Bape puluh kali dah ulang nih. Hoho... Memang takleh terima la dia yang jadi hero filem ni. Dahla bajet cool n hensem plak tu. Bertunang lak ngan Scha Al-Yahya... Adoi please laa... Nak termuntah kot tengok aksi anak dara bercintan ngn pakcik ni. Lain kali kalo nak cari hero tu biarla berpadan dengan umo yek, cuba la taruk Aaron Aziz ke, Awal Ashaari ke, takpon letak Shaheizy Sam kompem meletup. Kalo nak tua sangat pon even Awie pon takpelah at least dia best jugak dlm Hantu Kak Limah, takde bajet hensem macam Rosyam Nor nih. Dalam filem ni diorang pakaikan dia dgn baju ala² hip hop gitu nak bagi nampak muda. Phuii~ 
Chomel la tu kunun

CGI Fail
Filem ni mengambil masa 2 tahun untuk disiapkan (tu pasal la Johan pon kurus lagi dalam cite ni) sebab nak letak banyak² CGI dalam tu tak taula balik modal ke tak. Kononnya diorang nak tiru macam Shaolin Soccer la cite ni, banyak efek mengarut masa main Libas yang brutal neh sampai bergoncang dunia la ibaratnye. Bola yang digunakan dalam filem ni hampir 100% CGI semata². Tapi yang hampehnye visual artist banyak ngelat, banyak scene yang orang tu buat aksi je macam tengah main tapi bolanye langsung tak nampak. Ingat penonton tak perasan ke? Kamon men~
Nampak benor nipunye~

Ha'ah, komikal la sangat
Oleh kerana filem ni bergenre aksi komikal, maka banyaklah adegan tak masuk akal dalam filem ni. I love list. Lets make a list.

  1. Bola je dah CGI, aksi pon punyalah gedebak-gedebuk nampak benor nipunye~ Ahh malas nak komen.
  2. Masa Kumok lawan ngan peragut, peragut tu bukan nak bertumbuk ke atau bantai die ngan kayu ke ape tapi peragut tu dok baling² barang dalam raga moto dia lak macam pondan. Yang tak tahan tu boleh pulak baling telur tapi tak pecah sebab Kumok terer sambut dengan perut. Ok, mungkin tak pecah kalo sambut ngan perut, tapi lepas tu mana telur tu pegi? Jatuh ke tanah gak kan? Tapi lepas tu Kumok tu tunjuk kat peniaga kedai makan tempat dia hantar telur tu, semua telur dalam bakul dia tu selamat. Piiiigirah!
  3. Kononnya semua negara pon bertanding dalam Libas ni. Siap tunjuk pasukan Jepun pon dok berlatih jugak. Tapi yang takbley blah tu sume negara cakap Melayu! Ada jugakla sikit² cakap bahasa negara diorang tapi sangatlah nipunye siap ada honda suzuki bagai. Orang Siam pon cakap Siam cam naharam je.
  4. Konon² pertandingan berprestij ler, reward sampai 100,000USD tapi buat underground jek, pastu penonton sume macam mamat Chow Kit je. Pengadil, penganjur, pengulas, sumeee cakap Melayu. Yang dok bagi bola pon pakai macam costume party. WTH? Camni ke perlawanan peringkat Antarabangsa?
Ni team Thailand nha, tapi cakap Siam pon maydai nha..
Sikit² Maruah. Balik² Maruah.
Rasa annoying gila ngan coach Libas nih. Dahla atok tua ni pon rugged lagi ngan rambut panjang siap ikat key kat dahi, pastu sikit² maruah. Orang tanya kenapa nak kena menang pertandingan ni? Sebab maruah. Balik² dok sebut maruah tu. Orang dah injured nak mati pon dia tak bagi stop sebab MARUAH. Adehh... Alasan tak cukup kuat la takat sebab maruah tu. Cuba la buat alasan yang lebih kukuh kenapa diorang kena menang pertandingan tu, sebab Ratna kena culik ke, sebab Malaysia nak kena bom ke... Cuba la kreatif sikit. Yang tak paham tu, diorang punyala nak bertanding sebab nak berebut bola warisan tu tapi last² rupanya bola tu ada dalam simpanan Adnan Saladin selama ni. So what's the point? Arghhh rageeeeee!!!!
Ok²
Disebabkan ini adalah hasil kerja seorang pengarah baru maka saya maafkan jela ada orang tu mintak maaf ngan ko? Apapun niat diorang harus dipuji sebab cuba memartabatkan permainan sepak takraw yang hampir pupus akibat kedatangan futsal sekarang ni. Apapun lebih baikla tengok filem ni daripada tengok filem nasik lemak hasil pengarah racist yang takde adab tu. Boikot! Buruk² cite ni pon, kitorang gelak pecah perut jugak. Hilang stress.


Overall, Saya bagi 2.5/5 bintang!

LAGI ARTIKEL MENARIK:




Sunday, September 25, 2011

[Review] Bini Biniku Gangster - Review Paling Best Dalam Donia

Review Paling Best Dalam Donia? Perasan.


Moshi-mosh...
Smalam sempena besday saya yang ke-rahasiawanita incik somi dengan berbesar hati membawak saya pegi date kat 1Borneo, tengok cite yang dah lama saya tingin sangat nak tengok - Bini-Biniku Gangster.. dan lepas tu dia paksa saya tulis review.. u my fan oredi?
Spoiler Alert! Jangan baca sampai habis kalo korang belum tengok lagi cite ni~



Sinopsis Bini-Biniku Gangster
Filem ni mengisahkan tentang pasangan suami isteri yang sangat bahagia dan romantis iaitu Herry (Shaheizy Sam) dan Manja (Yana Samsudin) yang dah bertahun² berkahwin tapi masih belum dikurniakan anak sob sob sob... Herry berkerja sebagai arkitek (kot) dan Manja adalah tokey kedai bunga dan suri rumah separuh masa owh sangat heaven keje camtu.. my dream job!!! Herry ni jenis yang bendul sikit kot, slalu kena buli kat opis dengan opismate boroi bernama Mat Saja.

Tanpa pengetahuan Herry, rupanya bini kesayangannya sebenarnya adalah seorang gangster termasyur, malah baru je dapat pangkat Kak Yong kat kawasan dia. Kak Yong ni mmg ganas la, potong jari orang langsung takde perasaan pon macam potong ayam je. Sejak kebelakangan ni diorg ada masalah sebab kawasan diorang banyak kena kaco ngan geng Kepala Kucing yang diketuai oleh Min Siam. Kak Yong yang dibantu oleh 2 orang pengikut setia iaitu Muza dan Toti yang ganas tapi kiut serta geng jahat beliau telah pergi menyetelkan geng Kepala Kucing tu dan belasah Min Siam sampaila cacat lumpuh dibuatnye...
Berbalik kepada Herry, dia ni baru je dapat secretary baru kat opis yang bernama Reanna (Intan Ladyana). Stereotype seorang secretary kot, dah tangkap syiok la pulak n goda si Herry tuh. Perlakuan biadap diorang telah berjaya dirakam oleh si boroi Mat Saja dan dia kasi gambar layang kat si Manja. Oleh kerana Manja memang tak boleh mengandung agaknye sebab penah injured kat perut dulu, gengster la katakan maka Manja dengan rela hati telah melamar Reanna sebagai madu beliau. Dengan tergedik²nya, lamaran tersebut diterima dengan penuh teruja oleh Reanna dan jugak Herry dasar lelaki!
Lepas diorang kawin, barulah kantoi rupanya Reanna tu adalah adik kepada Min Siam dan dia sengaja kawin dengan Herry sebab nak balas dendam dan bunuh manja. Adegan lepas tu pepaham jelah, berterabur periuk belanga bila dua orang madu yang gengster bergaduh, nak roboh rumah dibuatnye. Herry yang tak tau pape telah menceramahkan diorg dengan merujuk kepada buku "Manisnya Bermadu". Kelakar tak hengat!
Masa dua orang madu ni tengah sebok pikir camne nak hapuskan satu sama lain, tetiba Herry telah hilang tanpa dikesan. Manja suspect geng jahat madunya yang dah kidnap laki diorang tapi Reanna pon tak tau mana laki dia pegi. So, siapa yang kidnap laki diorang? Huhu.. korang belilah tiket dan tengokla sendiri. Endingnya sangat unexpected. Sape yang dah tengok tu, syuhhh jgn gitau diorang *wink²*
Spoiler
Spoiler kat sini bukan bermaksud pendedahan jalan cerita, tapi literally apa yang menspoilkan filem ni daripada dapat 5 bintang.

Friday, September 23, 2011

Bajet Korea~

Paling tak bley blah yang depan skali tu. Speechless~
Hadoi... Mentang²la skarang tengah musim korea, banyak pulak group yang buat publisiti murahan tiru group korea. K-pop Malaysia kununnye... Ni saya letak video antara group² takbley blah yang perasan k-pop... Kamon la~ Cuba tengok korean tu menari camne, lincah! lincah! lincah! Diorang ni lak... hmm masih ada pengaruh kumpulan kebudayaan Usop Wilcha lagi... Kalo Melayu tu, Melayu la jugak~ maka bacalah kutukan, cacian, dan hinaanku yang memang tak minat korea

Prince Of Pop (POP) - Main Jauh Jauh
Katanya ni group dari Sabah... kununnye 1st Malaysian K-pop la... Hek enen... Main Jauh Jauh? Rasa cam nak Lempang Laju Laju jek.

Ni pon lagu dari diorg gak.. diorang nyanyi lagu Hug oleh Dong Bang Shin Ki (DBSK) sape tu? tak kenal pon dalam versi Korean dan Melayu.
Lebih jambul jambu dari kumpulan jambu.

Max 24:7 - Cinta 247
Yang ni plak bajet Super Junior kot... Punya la ramai ahli group sampai 12 orang, tapi menari hampes jugak~ Harap rambut jela cam korea.. Muka cam mat kampung jugak~ M-pop katenye >.<

Gula Gula - Suka Gitu
Yang pompuan pon sebok nak tiru k-pop jugak... Tak tahan tu ada pulak yang pakai tudung dalam group ni, tergedik² menari k-pop yang macam mak yong je rupanya... Ni kompem masa diorg kasi tajuk kat lagu ni diorg ingat peminat orang nak Sukerrr Gittewwww...

V.I.P - Lagu Sedih
Rasanya ni la satu²nya group bajet korea yang berjaya kat Malaysia takat ni. Tu pon nasib baikla lagu sedap n bunyi saling tak tumpah lagu KRU jugak. Ok, yang ni saya boleh terima. Nak buat, buat betul² barula selamat dari carutan orang awam.

Errmm.. rasa macam ada lagi je group bajet k-pop ni tapi saya dah lupa la pulak... Nanti la kalo tingat saya update.. Huhu~ p/s: Cer tengok bape banyak dislikes kat video diorang² nih =p

LAGI ARTIKEL MENARIK:







Tuesday, September 20, 2011

Apa Rasanya Pakai Tudung?

Iklan: Tudung Mawi

Rasanya adalah seperti mengambil tudung di kedai tudung dan menyerkupkannya di atas kepala.

Nohara Himawari pon boleh takat jawab macam tu~~~ Persoalannya, apa rasanya betul² bertudung dalam erti kata sebenar, bukan on-off macam Tiz Zaqiah atau tudung separuh macam Siti Nurhaliza? So, saya tulis entri kali ni khas untuk menceritakan apa rasanya memakai tudung lebih dari 12 jam sehari, sekadar untuk info kepada mereka² yang freehair, non-muslim, dan semestinya, berjantina selain perempuan tapi bukan untuk kaum dua alam yang nak pakai tudung pegi mahkamah untuk tukar nama dalam IC.

Ok, sebelum ada sesiapa nak bertarbiah di sini, sayugia saya ingatkan, entri ini ditulis bukan dari sudut agama dah tentu² tutup aurat tu wajib; tetapi hanya dari pengalaman perempuan yang pakai tudung biasa² je macam Nurjuma (bajet), bukan yang bertudung labuh, berpurdah, bertudung serban macam Yuna mahupun bertudung saji.

When I said tudung saji, I mean, literally.
Panas ke?
Ini soalan biasa dari orang yang tak pernah pakai tudung. Hmm... kadang² panas la jugak, maklumla mesia ni panas dan lembap jer sepanjang tahun. Dahla panas, lembap pulak tu..

Saturday, September 17, 2011

Wohoo... 1KL Menari Sempena Besdayku :D

Moshi-mosh... Korang tau tak ape itu dance mob? Dance mob adalah tarian yang dilakukan sambil mengemop lantai oleh bukan penari orang biasa ler yang tetiba je menari ikut gerakan yang sama kat tempat public. Actually dance move tu diorang dah rancang terlebih dahulu la.. Tapi situasinye diorang buat ala² hindustan, mula² sorang je dok menari, tetiba jadi ramai pulak yang join. Cuba tengok video ni:


Soalan yang lebih penting; korang tau tak bila besday saya? Huhuhu... Sempena besday saya 24 September (Sabtu) ni, pihak penaja iaitu F&N telah berbesar hati untuk menganjurkan  F&N’s Mashi² Birthday Fun Fest di Bukit Bintang... Oh~ Beta sangat teruja walaupun tak boleh join sebab beta bersemayam di Borneo. Korang yang nak join tu silalah ye... Check out info kat sini: Come to Bukit Bintang on the 24th of September to join the biggest dance mob in town! Boleh prektis sendiri ikut video yang diorang tunjuk tu pastu hari berbahagia tu nanti korang datang la buat bajet cambest macam video di atas ;)

. . .

. . .

... Ok, saya tipu. Dance mob tu bukan sempena besday saya pon. I'm getting a year older with more wrinkles on my face and no one gives a damn. But still, beta tetap rasa berbesar hati kiranya para hamba rakyat turun melakukan aktiviti tak berpekdah riadah tersebut pada hari keputerian beta~

HoHoHo (gelak berdaulat)

LAGI ARTIKEL MENARIK:

Friday, September 16, 2011

Lady Gaga Jadi Lelaki

Semua dah sedia maklum si Lady Gaga ni memang sopan-santun aneh orangnya. Tiap² kali keluar pegi award ke, keluar TV ke, buat show ke, hatta makan pasembor kat kedai Jalan Derga skalipon, dia mesti nak keluar dengan pesen yang pelik² n tak masuk akal.

29/8 yang lepas, 28th MTV Video Music Award telah diadakan dan kali ni yang peliknya, Lady Gaga muncul dengan baju yang langsung tak pelik, tapi dia telah berjaya memelikkan diri beliau dengan berpenampilan macam seorang lelaki.

Berasap ko kiah~
Alah.. takat pakai macam laki je, ape yang pelik sangat ye dak? Yang peliknya mat pengkid ni LADY GAGA. Di hari tersebut dia dikatakan muncul sebagai alter-egonya yang bernama Jo Calderone yang super minat kat Britney Spears. Memang berlakon habis la dia aritu siap mencarut², kutuk Lady Gaga (sebab dia tak ngaku dia Lady Gaga), cium Britney Spears atas pentas pulak tu. Tak cukup dengan tu, dia jugak dikatakan menggunakan alat kelamin lelaki palsu dalam seluar dan guna tandas lelaki hari tu. Problem?

Makcik Britney suke la tu~


Dah macam cacat je aku tengok
Actually watak Jo Calderone ni ada dalam video klip terbaru beliau untuk single You And I... korang cari la sendiri kat youtube.. sangat 18sx, tak sanggup den nak letak sini.

Oh well, kalo dah pelik tu pelikla jugak... tengokla baju² dia kat VMA masa tahun² lepas.. 2010 dengan baju daging, 2009 lak.. macam hantu bungkus kaler merah.

2010 - Showing her fresh meat...
2009 - What the fuu is this?
Donia.. donia... lantak ko ler Gaga~




LAGI ARTIKEL MENARIK:




Wednesday, September 14, 2011

Page Views Blogku Naik Mendadak Kerana...

Pengakuan jujurku di FB~
Moshi-mosh... huhu... Kalo korang nak tau, actually saya suka sangat monitor page views blog² saya kat nuffnang, blogger n statcounter.com walaupun sedar blogku tak fofuler. Motip? Saje~ Alah, saya bukan buat income sangat pon dari berblogging ni. Nuffnang memang tak menyumbang langsung pon, langsung tak berganjak earningnye. Advertlets lak dah 3 tahun join baru dapat 2 hengget je. Sungguh tak berbaloi². Ok, saban hari memonitor page view ni nampak cam sadis gakla... penat kita tulis macam² tapi yang masuk blog ni adala 2-3 kerat... So alkisahnye satu hari ni saya telah menggoogle cara² untuk meningkatkan page view dan saya telah terjumpa web ni... www.apesal.com. So alang² free, sy pon try jelah... lepas 2-3 jam register...



Daku terkesima~ Visitor yang 1-2 kerat selama ni telah bertambah dengan mendadak sekali... Tiap² jam page view saya akan bertambah... sungguh seronok menengoknye walaupon takde orang komen.

Amende apesal.com nih? Ok, actually website ni adalah untuk buat web traffic exchange. Ni bermaksud link artikel di blog saya akan dipaparkan di blog ahli yang lain... dan begitulah jugak sebaliknya. Maksudnye visitor blog orang lain yang fofuler tu dapatlah tengok tajuk artikel yang ada kat blog picisan saya ni, dan orang lain pon dapatla tengok tajuk artikel kat web orang lain dari blog saya ni dan boleh pegi nengok blog diorang lak. So it's a win-win situation lah kan.

Jadi sape nak naikkan ranking blog tu, silakan tiru macam saya~~~ takde kedekut ilmu punya

LAGI ARTIKEL MENARIK:

Tuesday, September 13, 2011

Penjelasan Email 1Malaysia Disepam ke Email Bukan 1Malaysia



Moshi-mosh... Hari ni lepas penat berbengkel sepanjang hari di UTM, saya pon menjalankan aktiviti riadah dan senaman harian saya iaitu aktiviti mengecheck email kat YahooMail. Uiihhh tengok² ada lak email berbau ikan yang bertajuk macam ni, "Tuntut wang anda di 1malaysiaEMAIL dan jadikan ia milik seluruh Rakyat". Ape ni? Macam berbau ugutan je nih? Tanjat boboi...

Sender email tu ditulis sebagai admin@mail1Malaysia.com.my. Tapi bila baca tajuk lak bunyinya macam tak puas hati je dengan orang yang buat email tu? Tertanya² saya, web 1Malaysia ni dah kena hack ke? Sebagai pengutuk tegar Rosmah dan isterinya, maka saya pon bertindak membaca emel tersebut dengan teliti....

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Malaysia,

Tuan/Puan semua sedia maklum Kerajaan Malaysia telah melantik sebuah syarikat untuk membangunkan projek 1malaysiaEMAIL secara “direct award”.
1malaysiaEMAIL tidak dipersetujui ramai kerana;

1)proses award,
2)kuasa komunikasi di monopoli satu pihak sahaja,
3)kawalan maklumat atau informasi oleh satu pihak,
4)data anda dan data keselamatan Negara dalam tangan satu pihak,
5)caj email,
6)Slogan 1Malaysia dikait dengan parti politik
7)khuatir ketidakadilan terjadi semasa Pilihan Raya dimana parti Kerajaan menggunakan email untuk berkempen kepada Rakyat
8)dll –

1EMAIL.my sebenarnya membantu perkhidmatan Kerajaan dan menyampaikan informasi kepada Rakyat menggunakan komunikasi 2 hala yang menakjubkan.
Dengan menyahkan sistem surat, Kerajaan menjimatkan berbillion Ringgit setiap tahun dan Kerajaan mampu berhubung dengan semua Rakyat kurang dari seminit jika ada hebahan keselamatan (eg bencana alam, virus, wabak penyakit, perang, dll)

1malaysiaEMAIL amat berbeza dengan email Yahoo! Google! Hotmail kerana 1malaysiaEMAIL menggunakan ID tulen yang mewakili diri user yang sebenar dengan disahkan oleh MyKad oleh itu ia boleh mengancam Negara sekiranya data email 1Malaysia jatuh ketangan pihak tidak bertanggungjawab, maka, adalah HARUS sistem ini dimiliki oleh Rakyat.

51% kepentingan email ini akan dimiliki Rakyat. Sebab munasabab mengapa kami berbuat demikian kerana kami mahu semua Rakyat Malaysia tanpa kira perbezaaan warna kulit, agama, politik, ekonomi, adat dan kaum berSATU di dalam web ini sebagai SATU dan tetap mengekalkan kepentingan Rakyat. –sila layari web kami untuk lebih maklumat.

Kami mahu setiap Rakyat Malaysia terlibat dan memainkan peranan penting dalam mengekalkan keharmonian kaum dan agama kerana 1malaysiaEMAIL menawarkan Malaysia FB, forUMalaysia, Malaysia Free Online Market, Malaysia wiki, dan banyak lagi. Sejajar dengan trend yang masih belum menerima 1Malaysia sepenuhnya, kami menggunakan 1Email.my sebagai domain yang menunjukkan Rakyat ber1 dan 1 email sahaja kerana kami menawarkan fungsi autoforward email ke inbox email peribadi anda.

Keutamaan kami adalah memanfaatkan Rakyat biasa yakni pendapatan dan keselamatan.

Pendapatan-> 30% dari caj email atas Kerajaan/Swasta (rumors RM 0.50/email) akan dibayar kepada Rakyat. Rakyat boleh menggunakan wang terkumpul setiap tahun untuk untuk diri, atau menderma pada individu/ kumpulan agama, persatuan, sekolah, badan amal dll.(Rumah ibadat, Sekolah, Persatuan Perumahan, Rumah Anak Yatim mendapat pendapatan berjuta ringgit setiap tahun dari 1malaysiaEMAIL.  Rakyat bantu Kerajaan jimat berbillion Ringgit, Kerajaan bayar kembali wang tersebut pada Rakyat –amat adil dan prihatin.

Keselamatan -> Email ini dibuka pada Rakyat berumur 13 tahun keatas, dan bagi yang berumur 18 tahun kebawah, setiap email anda akan di cc kepada ibubapa(atas persetujuan).

Mari! Sertai kami! Daftar Email 1Malaysia dengan kami!! Bersama-sama katakan tidak pada monopoli! Bersama-sama menjadikan email ini kepunyaan Rakyat Malaysia dan wariskan pendapatan anda di Email 1Malaysia kepada anak cucu anda.

Hakikatnya tiada apa yang mustahil dan tiada apa yang tidak dapat dilakukan dengan kuasa Rakyat. Kuasa Rakyat berSATU di bawah email 1Malaysia.
Daftar disini http://mail1malaysia.com.my  OR http://1email.my/pendaftaran

Forward email ini kepada semua kenalan dan rakan anda dan jangan lupa sertakan ID 1Email anda sebagai introducer.

Terima Kasih Malaysia.

Admin

Email yang dia hantar tu dalam dwibahasa, BM n BI. Bila saya baca yang BM, ada part yang saya tak paham sebab struktur ayat yang sangat bullcit! Nampak sangat dia tulis yang BI dulu pastu translate jadi BM. Maka saya pon rujuk ler yang versi BI supaya lebih jelas dan nyata apa yang cuba dimaksudkan...

51% 1Email will owned by Rakyat. Reason why Rakyat must own this system is because we want all Malaysian despite differences, skin color, races, religions, political view, economy, cultural and language to unite in here as ONE.  –please visit our website for more info.

We want every Malaysian to involve because 1malaysiaEMAIL also offered Malaysia FB, forUMalaysia, Malaysia Free Online Market, Malaysia wiki, and many others. Considering 1Malaysia is not fully accepted by all Rakyat, we use 1Email.my domain to show we unite as 1 and 1 email only as this system offer autoforward function.

Our top priority is to help normal Rakyat income and safety.

Income -> Every 30% from the email fee charges (rumors is RM 0.50/email) will be paid back to Rakyat. Rakyat can use the earning money from 1malaysiaEMAILfor themselves, donate to their Religion Group, Society, School, Charity etc.(check our web how Masjid, Temple, School, Orphanage House etc can earn millions Ringgit every year via 1malaysiaEMAIL.  Rakyat help Government save billions, Government pay Rakyat directly – fair enough.
Ok... dari apa yang saya paham di sini, semua rakyat Malaysia akan dapat email 1Malaysia secara percuma, tapi untuk agensi kerajaan/swasta, setiap email yang diorang nak buka dengan menggunakan domain 1Malaysia, diorang akan cas sebanyak 50sen (contoh: perkumpulanpanda_batangberjuntai@1Email.my). Rakyat akan dapat untung 30% untuk cas ni, yang bermakna rakyat akan dapat 15sen bagi setiap email yang dibuka oleh agensi gomen/swasta. Hmm... 1 email 15sen... kalau 100 email dapat RM15... kalau 1000 email dapat RM150. Ok, 30% dapat kat rakyat. Abih tu lagi 70% lak? Jawabnya untuk manage email tu ler,  bayar kos mail server, upah network admin, upah graphic designer, upah orang tengah yang makan duit rakyat lagi, etc.

1EMAIL.my help Government to deliver services and information to Rakyat via impressive 2 way communication method. By throwing letters system, Government saves billions Ringgit every year and able to reach all Rakyat less than a minute if there is any emergency alert (earthquake, viruses, disease, war, etc).

Skarang belum dibuat email 1Malaysia pon diorang dah spam kita punya email... Watpe nak susah² bukak email 1M lagi ye dak? So Rosmah, kalo ada email yang bertajuk, "Kita bangga KLCC akan dibeli sepenuhnya oleh Obama" nanti sila forward dan spam email yahoo saya lagi yer...

Considering 1Malaysia is not fully accepted by all Rakyat, we use 1Email.my domain to show we unite as 1 and 1 email only as this system offer autoforward function. 

Sejajar dengan trend yang masih belum menerima 1Malaysia sepenuhnya, kami menggunakan 1Email.my sebagai domain yang menunjukkan Rakyat ber1 dan 1 email sahaja kerana kami menawarkan fungsi autoforward email ke inbox email peribadi anda. 

Ni yang nak gelak ni. Trend la pulak 1Malaysia tak diterima sepenuhnya. Hehe... bagi saya buat apa la susah² nak bagi nama 1, 1 ni? Semua benda nak letak 1 kat depan sampai "Cuti² Malaysia" pon dah ditukar jadi "Cuti² 1Malaysia". Pakai domain malaysia.my je tak boleh ke? Bukan apa, bagi kami orang² IT ni rasa cam tak ngam pakai domain 1Malaysia tu sebab dah biasa dengan pantang-larang bila declare variable, tak boleh letak nombor sebagai permulaan nama variable, nanti akan jadi error. Rimas kot tengok... rasa cam nak pegi debug je... huhuhu~~

Papepon lantak ngko ler pak jib... telan duit rakyat berjuta² lion² king, nak pulangkan 15sen... ni baru dengar berita pagi tadi, nanti lepas pilihanraya umum nak ditambah lagi cuti cukai tah hape² lagi untuk menambahkan beban rakyat. Terima kasih Najib, Rosmah. Hidup 1 Malaysia. #sarcasm


MAS Balas Kutukan Airasia - Perli Baekk Punya

Saya adalah pelanggan tetap kedua² syarikat penerbangan MAS dan Airasia. Walaupun tak mampu naik flight tiap² hari, tapi macam orang lain, sy daftar la jugak kat diorang punya web portal n berjaya membuatkan mereka menyepam email sy setiap bulan. Bulan Jun yang lalu, sy ada terima satu email spam dari Airasia yang kelihatan agak butthurt je bunyinya boleh kelihatan ke bunyi tu?




Tajuk email tu "We Innovate, Others Immitate".

Haha tergelak sy baca email nih! gelak sorang² jela, takde kawan nak gelak ramai² Semua orang dah sedia maklum yang MAS adalah satu²nya seteru Airasia, dan MAS yang banyak tiru Airasia dari segi penjualan tiket online dan tambang murah. Haha... berani tu sound direct punya... Saje je time tu sy print screen email ni, just for the lulz.

Tiba² bulan ni pulak (September) datang la pulak emel sepam jugak dari MAS yang lagi skali membuatkan sy tergelak sorang² lagi...

Tajuk email ni pulak, "We've innovated, now we're nominated!"

MAS: "Ooo korang kutuk cakap kitorang immitate ye... kitorang yang innovate airline kat Malaysia ni la!"

Agaknye MAS tak tau bezakan innovate dengan pioneering kot. Hehe.. lucu la diorang ni. Dengan email customer pon boleh main balas² kumpulas balas kutuk tanpa kita sedar. Ikut kan aje la~~  Korang nak balas² email ke, perang twitter ke, nak letak tembok besar antara KLIA ngan LCCT ke... ada aku kesah? Janji tambang kena maintain murah sebab ini adalah penting untuk survival orang semenanjung yang merantau ke borneo tapi takde elaun wilayah macam saya ni. 

Sekian.




LAGI ARTIKEL MENARIK:




Monday, September 12, 2011

Ahmad Idham Bengang Kena Tegur Di FB


Moshi-mosh.. Terbantut lagi niat nak sambung entri pasal trend lagu popular malaysia tu. Esok² la ye.. Skang ni sy tengah hangat hati ngan Ahmad Idham ni. Alkisahnye ada sorang mamat ni pegi tegur Ahmad Idham di Facebook berkenaan isu Hantu Bonceng arahan beliau tu (sila rujuk post sy sebelum ni - [Review] Hantu Bonceng: Indah Khabar Dari Rupa... Ape celup ni toq?) lepas tu dia jawab dengan cara yang sangatla membuatkan isi pankreas sy menggelegak macamla aku yang tulis msg tu yg nak butthurt lebey² tu pesal? Taula awak tu baru dapat 5 juta, tapi bila orang tegur tak reti nak jawab elok² ke? Ahh korang baca la sendiri~


Ma**** Az*****

Assalamualaikum Saudara,

Maaf m'ganggu, cuma saya nk ambil kesempatan ini menyuarakan pendapat peribadi saya berkenaan filem arahan saudara iaitu Hantu Bonceng telah memperlihatkan adegan 'Azan', ucapan dua kalimah syahadah dan perlakuan tasyahud akhir dijadikan babak jenaka. Dukacita ingin saya nyatakan sebagai salah seorg peminat filem tanah air saya merasa amat tersentap melihat adegan-adegan ini dijadikan bahan jenaka.

Maafkan sekiranya saya tersilap saudara. Tetapi sebagai umat Islam dan hamba kepada yg maha Esa, saya tidak rela melihat perbuatan seperti 'Azan', ucapan dua kalimah syahadah dan tasyahud akhir diperlekehkan dan menjadi bahan ketawa ramai.

Mungkin niat asal kita adalah baik tetapi hasilnya mungkin menjadi sebaliknya. Saya amat berharap sgt dan merayu pada saudara agar perkara yg berkaitan agama jgnlah dijadikan bahan duniawi melainkan atas tujuan dakwah dari sudut ilmiah bukannya lawak jenaka.
Maafkan saya lagi sekali sekiranya tersilap bahasa dan kata dalam menyuarakan padangan saya ini.

Wasalam



Ahmad Idham Ahmad Nadzri

Terlebih dahulu saya ucapkan terima kasih kerana menonton filem HB. Bukanlah niat saya untuk mempersoalkan kembali niat suci anda.. Tetapi saya juga ingin bertanya adakah anda ini seorang yg sudah sampai ke tahap yg layak untuk meperbahaskan soal Islam setanding dengan cendikiawan agama yg bergelar ulamak. Untuk pengetahuan cik .. Filem ini telah terlebih dahulu di tapis dan dinilai oleh pihak LPF yg terdiri dari pakar pakar agama yg bertauliah. sebab itu filem ini di benarkan keluar. Jadi nasihat saya, tak perlulah awak nak sibuk menegur org lain sekiranya diri sendiri pun masih cetek dlm ilmu agama. Tahap awak belum sampai ke tahap pemikiran org yg telah terlebih dahulu meneliti setiap perkara yg sensitif dlm hal agama. Saya nasihat awak pergi belajar dengan lebih mendalam dalam hal agama sebelum kita nak memandai mandai menegur org lain. Ingat:- allah tidak memandang pada rupa paras dan pakaian seseorang tapi pada hati yg bersih dan suci... Renung renung lah...



Ma**** Az*****

Assalamualaikum..

Terima kasih kerana sudi luangkan masa membalas msg saya.

Saya akui saya cetek ilmu agama. Saya akui saya tidak setaraf para ulamak. Saya akui tahap pemikiran saya tidak setinggi mana.
Saya cuma menyatakan pandangan saya sebagai hamba Allah. Mungkin saya salah, mungkin saya betul. Terserah. Wallahualam...


wasalam

Der, atau mungkin awak lebih prefer dipanggil Toq, mamat tu tanya punyala beradab takut kamu kecik ati, abih tu x boleh ke jawab elok² sikit? Ahhh... lantak ko la toq! Celup! Celup!

Disclaimer: Message ni sy dapat dari komen blog orang lain. Memandangkan blog sy ni tak fofuler, maka sape kesah kalo sy copy-paste kat sini ye dak?

Saturday, September 10, 2011

[Review] Hantu Bonceng: Indah Khabar Dari Rupa... Ape celup ni toq?



Moshi-mosh... hehe terbantut kejap niat nak menyambung entri lepas pasal trend lagu-lagu popular di Malaysia sejak sy lahir sampai sekarang. Next entri sy sambung yer... Alkisahnye sy ngan incik somi pegi tengok wayang semalam cite Hantu Boceng lakonan Zizan Raja Lawak dan Juliana Evans. Actually dah nak pegi tengok dah Ahad lepas tapi tiket habis dow laku giler citer nih. So kali ni sy dah book awal2 lagi tiket (sehari sebelum) semata² sebab takut tiket habis lagi. Ramalanku benar belaka... masa pegi tengok cite tu, satu wayang penuh dengan orang sampaikan aircond pon tak rase, panas dengan body thermal para manusia dlm wayang tuh. Padanla kutipan Hantu Bonceng setakat ni dah masuk 5juta++ dah. Kaye lagi la itu Mister David Teo, boleh bikin lagi manyak filem film. Oppsss... tapi filem ni terbitan Excellent Pictures la, bukan Metrowealth.. Itu company Ahmad Albab Idham yang punyaaa...

Update: Kutipan Hantu Bonceng hingga 14/9/2011. Sumber dari Finas.
P/s: Sadis giler tengok kutipan Karipap² Cinta. Tula... sape soh bagi nama karipap...
dahla Gambit anjing lak tu berlakon memang orang boikot ler~
Cerita ni mengisahkan tentang seorang mat rempit bernama Amran yang suka merempit bersama bestfren a.k.a manager rempit beliau yang bernama Kunyit lakonan orang yang sy tak kenal n tak minat langsung. Pada suatu malam, si Amran ni baru menang satu race n dia dapatla habuan seorang bohsia anak dara kampung yang bernama Maya. Agaknye dah memang takde rezeki, baru je dia angkut bonceng minah ni, terus diorang kena langgar ngan sebijik lori... Amran tu terselamat la tapi minah tu pulak mati katak di tempat kejadian. Sejak itu, mat rempit tersebut mula diganggu oleh roh pompuan tak sempat jadi bohsia tersebut...

Siti tudung separuh Nurhaliza ngan atok khalid pon dah pegi tengok cite ni... korang dah?
Disebabkan sy org pertama yang beli tiket untuk show time tu, maka kitorg dapat seat baekkk punya tengah² wayang. Hehe.. so masa permulaan cerita tu, my 1st impression is, "Apakah ini?" amende diorg cakap nih? Siyes sy tak berapa dapat tangkap... scene yang pertama masa tu kalau tak silap adalah scene si Zizan (Amran) baru sudah habis merempit n tengah berhoha-hoha dengan rakan² rempitz beliau. Tak tau la sebab sound system tak ok atau sound system telinga sy yg dah lama tak servis tak ok, tapi agak pening gakla nak pahamnye... Tapi lepas berkerut-kerut selama 2-3 scene, barulah sy mula dapat memahami punca ketidakfahaman sy tadi...

Remake Adnan Sempit?

Bagi sy cerita arahan Ahmad Idham kali ni saling tak tumpah macam Adnan Sempit... Yelah, cerita berkisar pasal mat rempit jugak, ada sorang bestfren rempit jugak, keje pon yang pakai moto jugak (Amran ni keja sebagai pizza delivery boy). Bezanya cerita Adnan Sempit berkisar tentang kisah mengorat anak orang kaya, Hantu Bonceng lak pasal... pasal... er... ni yang payah nak cerita nih.
Hantu yang membonceng sambil pakai sandal... mat rempit tu punyala takut sampai tak sempat angkat tongkat moto kot

Dalam usaha untuk membuang hantu bonceng tu dari hidup beliau, macam²la si Amran ni buat sampai jumpa bomoh, pegi bilik mayat, jumpa ustaz etc. Pada permulaan cerita memangla difokuskan kepada bohsia yang tak jadi bohsia tapi jadi hantu bonceng tu, tapi lepas separuh cerita yang tak seram ni, dah takde dah pon pasal hantu tu sebab misteri hantu tu dah selesai. Lepas tu cerita tu mula meleret² pasal kisah percintaan Kunyit dengan adik ustaz (Dottie), adik kembar maya berpakat dengan abang kepada awek Amran (lakonan Jue Aziz) untuk kenakan Amran what the fuu is this? , nasik kangkang, etc.
Amran (pizza guy) dan aweknya Halimaton (nurse gomen). Antara dialog xbley blah diorg -
Amran: Baby... Baby... Tolongla Ucuk ni Baby... Baby... Baby... Baby.....Babyyyy....
Halimaton: Babi!!!

Toq... Ape celup?

Kalau dalam Adnan Sempit, popular dengan istilah "der", filem ni pulak cuba mempopularkan istilah yang lebih annoying untuk gantikan "der" tu dengan "toq". Haa.. sebab tu la awal² citer ni sy jadi blur giler.. sikit² toq.. toq... lepas 10 minit cite baru la ada sebut nama hero tu Amran. Seriously annoying gila.. toq.. toq... "der" kan lagi sedap? Selain "toq", filem ni jugak banyak pakai istilah "ape celup?". Hai... lantak ko la toq~

Hantu Bonceng hina Islam?
Dah banyak blogger cakap pasal isu ni... Cerita Hantu Bonceng ni dikatakan banyak mempersendakan Islam n tidak sensitif terhadap agama. Hmm.. mungkin jugak. Tengok filem ni banyak jugakla buat sy menggeleng kepala... antaranya:

  1. Cerita ni sangat so-sial. Rempit-merempit, peluk-memeluk, togok arak, main pompuan etc. Siap ada plak tu bestfren dia cakap, "Selamat malam pertama toq, untuk kali ke-7". Siotttt~~~
  2. Nak halau hantu, jumpa bomoh. Bomoh lak tah pape bagi air suruh tabur kat simpang la bagai.
  3. Bomoh tak jalan, baru jumpa ustaz. Ustaznye pulak si Cat Farish. Memang ler kelakar... tapi macam tak proper pon ada. Nak halau hantu cuma baca Qulhualluahad. Nasihat orang pandai, tapi adik sendiri pakai seksi. Pakai tudung pon time buat gotong-royong kat surau je. Wait, gotong-royong kat surau? Ape kena-ngena ngn cite ni? Yup, cite ni memang jauh melalut macam scriptwriter takde idea dah.
  4. Diorang pegi jumpa ustaz tu dalam surau, masa pegi surau lak si Zizan boleh pulak pakai baju Death Note, siap ada tanda salib lagi. Ape dah takde baju lain ke nak pakai? Sangat tak sesuai okey~
  5. Lepas jumpa ustaz, si 2 ekor toq ni tadi pon jadi insaf... diorang nak jadi mat rempit suci la kunun. Bila jumpa awek pon si Amran ni ceramah baik punya kat awek dia. Pastu diorang jalan pegang² tangan. Problem?
  6. Scene bogel. Ada 2 kali Zizan berlakon bogelicious dlm ni, time dia jumpa hantu (sbb hantu takut org bogel) n masa dia kena blasah ngan abang awek dia pastu kena tinggal tanpa pakaian kat taman tasik titiwangsa. Paling tak boleh blah bila dia cakap kat #### dia sendiri, "Berhasil, terima kasih."
  7. Scene 18SX. Tak taulah macam mana cite ni boleh dapat pangkat U, padahal banyak dialog yg double meaning dan berbau seksa. Contohnya time adik Maya menumpang kat rumah Amran, sesedap jiwa oren je dia tido tayang peha... Time Amran dah stim, bestfren dia lak pegi azankan kat telinga dia. Lepas tu dia sedar diri, n berjalan sambil tutup #### dengan helmet. #lupikirlasendiri
  8. Scene nasik kangkang. Tak bley blah tuu kangkang atas rice cooker...
Ni komen Ahmad Idham tentang Hantu Bonceng persenda agama:
http://www.sinarharian.com.my/sh/com/content/story9500302.asp

Saya adalah orang yang sangat skeptikal bila menonton. Bagi sy cerita yang bagus ditentukan oleh pengarah yang bagus dan jalan cerita yang bagus, yang boleh menyentuh jiwa orang yang menonton. Memang banyak part dalam cite ni yang buat orang gelak n boleh bagi pengajaran, tapi bagi sy jalan cerita filem ni tak kemas; tak tersusun dengan elok dan lebih sesuai kalau dijadikan drama bersiri sebab banyak scene yang tak ada kaitan antara satu sama lain. Mungkin penulis skrip ni adalah orang yang sama yang tulis cerita Adnan Sempit The Series kot?

Kesimpulannya, cerita ni bolehla dilayan buat hiburan ringan. Bagi saya cerita ni indah khabar dari rupa.. ingatkan best giler la rupanya tak giler pon. Nak  layan gelak² tu bolehla, tapi bagi saya kalau nak dibandingkan dengan Adnan Sempit, sorry to say der, cerita ni kalah ler. Saya bagi 3/5 bintang. Cukup tak toq?

Cikidout lagi satu entri saya pasal filem ni: Ahmad Idham Bengang Kena Tegur Di FB

LAGI ARTIKEL MENARIK:




Thursday, September 8, 2011

Trend Lagu² Popular di Malaysia Sejak Aku Dilahirkan

Lagu korea berkumandang lagi, membuatkan tanganku perlahan-lahan menutup telinga. Tahun ni tahun k-pop nampaknya. Sana-sini orang dok pasang lagu korea sampai saya rasa agak kemenyampahan dengan bunyi-bunyian tersebut. Hmm tiba-tiba teringat lak trend-trend lagu yang pernah popular dulu...

80an - awal 90an : Zaman Gelap
Time ni ape pon tak boleh.. hehe.. Sesungguhnya saya masih kanak-kanak ribena lagi time tu maka lagu-lagu yang saya tau cuma lagu katun (hafal tuh lagu doraemon!) dan lagu-lagu Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah macam lagu Burung Tiong, Abang Balik Kampung, Bapaku Pulang Dari Kota, Hujan, Betik, Semut, Air Terjun, Bila Aku Sudah Dewasa, dan banyak lagi yang saya dah lupa. Lirik-lirik lagu ni saya tulis dalam buku muzik yang ada line separuh, kosong separuh. Bahagian kosong tu pulak saya lukis gambar. Those were the days~

1992 - 1995 : Zaman Rap

Yo! yo! yo! Masa ni saya sekolah rendah lagi... Time tu tiba-tiba lak muncul group-group boy band n girl band yang ala-ala rapping gitu... Yang paling hot time tu seingat saya kumpulan Nico, 4U2C ngan KRU. Group pompuan lak ada Res2, Feminin ngan Sister-sister ke hape ntah. Haha paling tak bley blah zaman rap tu jugak femes giler fesyen pakai baju besar dengan seluar baggy, topi terbalik, pastu gantung CD kat tengkuk bajet cool.. 4U2C lak lagi best menari seret-seret kaki. Lagu paling hot time tu yang saya ingat lagu Feminin la.. "Angin bayu membawa diriku, sepintas lalu ku terkenangkanmu" (Untukmu), KRU popular ngan lagu Awas, Nico - Inilah Nasibku, 4U2C - Fiona... pehhh nostalgia siot!



1996 : Elite & Dangdut

Time ni tengah femes orang dok buat bunga straw ngan itik kertas (lipat bagi jadi 3 segi pastu susun jadi itik swan". Masa ni la jugak munculnya kumpulan Elite dengan lagu GIG diorang aakk owoo caramu dan caraku aakk owoo tak sama tak diragu huii masa ni kat sekolah saya budak-budak yang bajet cool tu dok pakat menari lagu elite la. Saya lak tak boleh join sebab kena pulau masa tu sebab saya tak cool, rempang, kengkang dan loyar buruk. Masa ni jugak ntah macam mana boleh datang gelombang zaman dangdut la pulak... punyala recording company dok berlumba-lumba keluarkan artis dangdut masa tu sampaikan Ramlah Ram pon buat album dangdut. Orang yang paling minat dangdut masa tu ayah saya kot, dia paling gila lagu Amelina ngn Iwan (Yang Tersayang). Dalam kereta kitorang masa tu ayah asyik pasang kaset dangdut je. Bayangkanla, dia dok pasang kaset tu ulang-ulang langsung tak berenti sepanjang perjalanan dari Kedah ke Negeri Sembilan. Sesungguhnya sampai sekarang saya hafal lagi lagu-lagu dangdut dalam kaset tu oh sungguh nightmare >.< Time elite ngan dangdut ni jugakla popular trend orang pakai skirt pendek yang amat pendek paras peha... dipopularkan lagi oleh pelakon Ary Malik yang berlakon drama kolej masa tu. Min Malek pon pupular jugakla time tu dengan lagu Bunga-bunga Cinta.

bersambung...

Monday, August 22, 2011

[MashUp] Peguam: Tiada bukti Rosmah citarasa Saiful



KUALA LUMPUR: Peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mendedahkan kebanyakan bukti penting – yang diperlukan untuk mensabitkan Rosmah menggunakan tas tangan Birkin Hermes yang berharga USD120,000 untuk membersihkan tusukan pada dubur Mohd Saiful Bukhari Azlan – pengadu di mana kes jenayah itu diasaskan.

Sebahagian daripada laporan tersebut, yang diedarkan kepada pihak media oleh pengasas Jacob dan Co iaitu Jacob Arabo, hari ini menyebut, tiada bukti klinikal yang konklusif yang menunjukkan tiada luka yang signikan pada tubuh pesakit (Mohd Saiful), tunang kepada anak perempuan Rosmah dan seorang Yahudi dari Uzbekistan.

Satu salinan laporan perubatan itu disertakan bersama afidavit cincin berlian USD24 juta dollar difailkan oleh Anwar semalam untuk mengetepikan tuduhan liwat terhadapnya. Kes itu memerlukan pengadu menempah dan menunggu selama enam tahun mulai 1 Julai ini sebelum dapat didengar.

Rosmah sebelum ini memang dikenali memiliki kaitan dengan organisasi mafia Russia yang beberapa kali dikehendaki pihak berkuasa kerana terlibat dalam kegiatan membersihkan tusukan pada dubur ala Imelda Marcos, yang juga dilaporkan bercuti dengan tiga pakar dari hospital kerajaan.

“Bukti terpenting dalam tuduhan rogol atau liwat ialah menunjukkan bukti berlakunya tusukan. Mungkinkah cincin berlian USD24 juta dollar menjadi pintu perubahan citarasa Saiful? Hanya rakyat Malaysia sendiri menentukan,” kata Rosmah sambil mengarahkan sebahagian gedung Harrods di London ditutup untuk memudahkannya membeli-belah.

Disclaimer: Ok, sebelum saya tak pasal² kena tangkap masuk ISA, let me make it clear that tulisan ini hanyalah satu karya mash-up copy-paste dari artikel² berikut:
http://anwaribrahimblog.com/2009/06/18/peguam-tiada-bukti-anwar-liwat-saiful/
http://www.keadilandaily.com/akhbar-jakarta-dakwa-besan-rosmah-ada-hubungan-dengan-mafia-itali/
Motip? Saje... I'm sick of Malaysian politics... hampeh sume~


Sunday, August 21, 2011

Semangat Baru... Chayok²

Yosh... lama sudah tak post dlm blog ni kan? Hehe... bukan apa, bz amat sejak² bukak sem baru ni. Disebabkan ini sem pertama saya mengajar, maka berlambak-lambaklah kerja yang saya kena buat from scratch . Yelah, bahan langsung takde lagi, subjeknye pulak dah berzaman kita tak penah hadap sejak habis final exam kurun ke-18 dulu..

Anyway, seperti yang telah anda sedia maklum, saya telah dipindahkan dari department creative multimedia ke department sains komputer program franchise utm. Yesss... aku redho~~~ I love art, but i prefer to teach computer science and stuff. So untuk department ni saya ditugaskan mengajar 2 subjek sem 1 - MicroCom Apps dan Logik Digital... dan jugak 2 subjek killer sem 5 iaitu VB.Net dan DataStruct. Wait.. what? DataStruct? Yess... DATASTRUCT yang giler babeng... subjek yg paling ditakuti oleh majoriti student sainskom.. tanyalah student mana pon (kecuali mat skema yg manjang 4flat) ni mmg subjek killer. Subjek ni memang buat saya restless... tiap² malam kena study berabis sebelum mengajar  menambahkan lagi kepandaanku.

Apapun, aku redho~~~~ sekarang tengah pening nak siapkan assessment untuk diorang, quiz n test 1. Hampehnye tiap² kali buat test ada je yang sengal x datang kelas.. rasa cam nak failkan je mamat² nih terpaksalah buat lagi 1 set soalan mcmla gue byk idea sangat nak buat soalan nih.

Sempena semangat baru nih, saya berazam akan post less bullshit about myself n more bout the world.. or ramblings and stuff. Hehe...

So that's all for now, takleh lama² buang masa ni. Masa itu credit hour. Kerja! Kerja! Kerja!


Well.

XOXO <--- kejadah ni?

Tuesday, June 7, 2011

Jeritan Hampa

“Jeritan Hampa“

Rasa ini menjerit..
Hati ini sakit perih tak tampak..
Batin ini bingung tak menentu..
Namun semua tertahan tak dapat menyeruak..
Tak ada yang tau, tak ada yang peduli..
Tak ada yang mendengar jeritan hampa ini..
Disini..
Senja tak menyapa Gunung..
dan hamparan airpun tak mendengar..
Jeritan nada yang terkalahkan..
oleh deburan teriakan ombak menghempas karang..
Aku tertawa dalam kekalutan..
Aku tertawa dalam hinaan diri..
Aku terenyuh diam tak menatap..
Tatapan hamparan lautan kosong dengan patahan harapan..
Aku terdiam membisu hanya dengan air mata..

Sumber: Nidya
Puisi Jeritan Kehampaan Hati

Tuesday, May 3, 2011

Tak Baca Pon Takpe~

Sebab memang xde mende sangat pon yg nak ditulis, saje2 nak update... hehehe... Kali ni sy nak upload sket gambar² yg ada dlm simpanan sy.. ala² photoblogging la pulak ek. Ntah mana datang la pulak trend photoblogging ni. Teringat dulu² masa sekolah rendah ada buku yg 1/2 page tu kosong, 1/2 ada garisan. Kat bawah tu kena tulis lagu, kat atas tu kena lukis gambar. Hmm... Mungkin photoblogging camtu la jugak kot konsepnye kan? Apo yg gue merapik ni?


Kat bilik lecturer tempat meja letaknya meja sy ni, pintunya semak dengan ink whiteboard marker hasil contengan lecturer² yg saje² nak mengukur tinggi memasing. Ni sume start ngn Nizam n Suparmin la nih..huhuhu... Dulu ada sket je kat pintu tu, makin lama makin ramai la pulak. Minggu lepas si Melvin dok buat lagi proses sukat² tu sampaikan student yg lalu-lalang pon kne panggil jugak. Haha.. tinggi sy sama ngn tinggi Dyana... well~ tallest female staff la korang ni kununnye.. hahaha~


Jumaat lepas hari terakhir Ayu praktikal kat opis ni, so diorg celebrate la sket.. ada blueberry cheesecake, bihu goreng, 2 ketul ayam goreng berempah dgn koleksi air² gas yg tidak menyihatkan. Slurrpp... di saat blog ini ditulis, penulis tengah lapar gile sebab makan megi je masa lunch tadi >.<

Time tu jugak si Batty menayangkan anak buah barunya si katak hijau yg cummels~

Malam tu pulak sy kuar meronggeng dgn incik somi kat 1Borneo, tengok cite Thor... sebelum tu kitorg makan kat Kahve... makan lagi! laparnyeeeeee~~~


Itu sajalah setakat ni ye tuan² dan puan².

Bersambung...

Rasa cam best je kalau letak Bersambung ni =p
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...