Moshi-mosh... hehe terbantut kejap niat nak menyambung entri lepas pasal
trend lagu-lagu popular di Malaysia sejak sy lahir sampai sekarang. Next entri sy sambung yer... Alkisahnye sy ngan incik somi pegi tengok wayang semalam cite
Hantu Boceng lakonan Zizan Raja Lawak dan Juliana Evans. Actually dah nak pegi tengok dah Ahad lepas tapi tiket habis dow
laku giler citer nih. So kali ni sy dah book awal2 lagi tiket (sehari sebelum) semata² sebab takut tiket habis lagi. Ramalanku benar belaka... masa pegi tengok cite tu, satu wayang penuh dengan orang sampaikan aircond pon tak rase, panas dengan body thermal para manusia dlm wayang tuh. Padanla kutipan Hantu Bonceng setakat ni dah masuk 5juta++ dah. Kaye lagi la itu Mister David Teo, boleh bikin lagi manyak
filem film. Oppsss... tapi filem ni terbitan Excellent Pictures la, bukan Metrowealth.. Itu company Ahmad
Albab Idham yang punyaaa...
|
Update: Kutipan Hantu Bonceng hingga 14/9/2011. Sumber dari Finas.
P/s: Sadis giler tengok kutipan Karipap² Cinta. Tula... sape soh bagi nama karipap...
dahla Gambit anjing lak tu berlakon memang orang boikot ler~ |
Cerita ni mengisahkan tentang seorang mat rempit bernama Amran yang suka merempit bersama bestfren a.k.a manager rempit beliau yang bernama Kunyit
lakonan orang yang sy tak kenal n tak minat langsung. Pada suatu malam, si Amran ni baru menang satu race n dia dapatla habuan seorang bohsia anak dara kampung yang bernama Maya. Agaknye dah memang takde rezeki, baru je dia angkut bonceng minah ni, terus diorang kena langgar ngan sebijik lori... Amran tu terselamat la tapi minah tu pulak mati katak di tempat kejadian. Sejak itu, mat rempit tersebut mula diganggu oleh roh pompuan
tak sempat jadi bohsia tersebut...
|
Siti tudung separuh Nurhaliza ngan atok khalid pon dah pegi tengok cite ni... korang dah? |
Disebabkan sy org pertama yang beli tiket untuk show time tu, maka kitorg dapat seat baekkk punya tengah² wayang. Hehe.. so masa permulaan cerita tu, my 1st impression is, "Apakah ini?" amende diorg cakap nih? Siyes sy tak berapa dapat tangkap... scene yang pertama masa tu kalau tak silap adalah scene si Zizan (Amran) baru sudah habis merempit n tengah berhoha-hoha dengan rakan² rempitz beliau. Tak tau la sebab sound system tak ok atau sound system telinga sy yg
dah lama tak servis tak ok, tapi agak pening gakla nak pahamnye... Tapi lepas berkerut-kerut selama 2-3 scene, barulah sy mula dapat memahami punca ketidakfahaman sy tadi...
Remake Adnan Sempit?
Bagi sy cerita arahan Ahmad Idham kali ni saling tak tumpah macam Adnan Sempit... Yelah, cerita berkisar pasal mat rempit jugak, ada sorang bestfren rempit jugak, keje pon yang pakai moto jugak (Amran ni keja sebagai pizza delivery boy). Bezanya cerita Adnan Sempit berkisar tentang kisah mengorat anak orang kaya, Hantu Bonceng lak pasal... pasal... er... ni yang payah nak cerita nih.
|
Hantu yang membonceng sambil pakai sandal... mat rempit tu punyala takut sampai tak sempat angkat tongkat moto kot |
Dalam usaha untuk membuang hantu bonceng tu dari hidup beliau, macam²la si Amran ni buat sampai jumpa bomoh, pegi bilik mayat, jumpa ustaz etc. Pada permulaan cerita memangla difokuskan kepada bohsia yang
tak jadi bohsia tapi jadi hantu bonceng tu, tapi lepas separuh cerita
yang tak seram ni, dah takde dah pon pasal hantu tu sebab misteri hantu tu dah selesai. Lepas tu cerita tu mula meleret² pasal kisah percintaan Kunyit dengan adik ustaz (
Dottie), adik kembar maya berpakat dengan abang kepada awek Amran (lakonan Jue Aziz) untuk kenakan Amran
what the fuu is this? , nasik kangkang, etc.
|
Amran (pizza guy) dan aweknya Halimaton (nurse gomen). Antara dialog xbley blah diorg -
Amran: Baby... Baby... Tolongla Ucuk ni Baby... Baby... Baby... Baby.....Babyyyy....
Halimaton: Babi!!! |
Toq... Ape celup?
Kalau dalam Adnan Sempit, popular dengan istilah "der", filem ni pulak cuba mempopularkan istilah yang lebih annoying untuk
gantikan "der" tu dengan "toq". Haa.. sebab tu la awal² citer ni sy jadi blur giler.. sikit² toq.. toq... lepas 10 minit cite baru la ada sebut nama hero tu Amran.
Seriously annoying gila.. toq.. toq... "der" kan lagi sedap? Selain "toq", filem ni jugak banyak pakai istilah "ape celup?". Hai... lantak ko la toq~
Hantu Bonceng hina Islam?
Dah banyak blogger cakap pasal isu ni... Cerita
Hantu Bonceng ni dikatakan banyak mempersendakan Islam n tidak sensitif terhadap agama. Hmm.. mungkin jugak. Tengok filem ni banyak jugakla buat sy menggeleng kepala... antaranya:
- Cerita ni sangat so-sial. Rempit-merempit, peluk-memeluk, togok arak, main pompuan etc. Siap ada plak tu bestfren dia cakap, "Selamat malam pertama toq, untuk kali ke-7". Siotttt~~~
- Nak halau hantu, jumpa bomoh. Bomoh lak tah pape bagi air suruh tabur kat simpang la bagai.
- Bomoh tak jalan, baru jumpa ustaz. Ustaznye pulak si Cat Farish. Memang ler kelakar... tapi macam tak proper pon ada. Nak halau hantu cuma baca Qulhualluahad. Nasihat orang pandai, tapi adik sendiri pakai seksi. Pakai tudung pon time buat gotong-royong kat surau je.
Wait, gotong-royong kat surau? Ape kena-ngena ngn cite ni? Yup, cite ni memang jauh melalut macam scriptwriter takde idea dah.
- Diorang pegi jumpa ustaz tu dalam surau, masa pegi surau lak si Zizan boleh pulak pakai baju Death Note, siap ada tanda salib lagi. Ape dah takde baju lain ke nak pakai? Sangat tak sesuai okey~
- Lepas jumpa ustaz, si 2 ekor toq ni tadi pon jadi insaf... diorang nak jadi mat rempit suci la kunun. Bila jumpa awek pon si Amran ni ceramah baik punya kat awek dia. Pastu diorang jalan pegang² tangan. Problem?
- Scene bogel. Ada 2 kali Zizan berlakon bogelicious dlm ni, time dia jumpa hantu (sbb hantu takut org bogel) n masa dia kena blasah ngan abang awek dia pastu kena tinggal tanpa pakaian kat taman tasik titiwangsa. Paling tak boleh blah bila dia cakap kat #### dia sendiri, "Berhasil, terima kasih."
- Scene 18SX. Tak taulah macam mana cite ni boleh dapat pangkat U, padahal banyak dialog yg double meaning dan berbau seksa. Contohnya time adik Maya menumpang kat rumah Amran, sesedap jiwa oren je dia tido tayang peha... Time Amran dah stim, bestfren dia lak pegi azankan kat telinga dia. Lepas tu dia sedar diri, n berjalan sambil tutup #### dengan helmet. #lupikirlasendiri
- Scene nasik kangkang. Tak bley blah tuu kangkang atas rice cooker...
Saya adalah orang yang sangat skeptikal bila menonton. Bagi sy cerita yang bagus ditentukan oleh pengarah yang bagus dan jalan cerita yang bagus, yang boleh menyentuh jiwa orang yang menonton. Memang banyak part dalam cite ni yang buat orang gelak n boleh bagi pengajaran, tapi bagi sy jalan cerita filem ni tak kemas; tak tersusun dengan elok dan lebih sesuai kalau dijadikan drama bersiri sebab banyak scene yang tak ada kaitan antara satu sama lain. Mungkin penulis skrip ni adalah orang yang sama yang tulis cerita Adnan Sempit The Series kot?
Kesimpulannya, cerita ni bolehla dilayan buat hiburan ringan. Bagi saya cerita ni indah khabar dari rupa.. ingatkan best giler la rupanya tak giler pon. Nak layan gelak² tu bolehla, tapi bagi saya kalau nak dibandingkan dengan Adnan Sempit, sorry to say der, cerita ni kalah ler. Saya bagi 3/5 bintang. Cukup tak toq?