Mashi² Mind

memoirs of a panda

Tuesday, September 13, 2011

Penjelasan Email 1Malaysia Disepam ke Email Bukan 1Malaysia



Moshi-mosh... Hari ni lepas penat berbengkel sepanjang hari di UTM, saya pon menjalankan aktiviti riadah dan senaman harian saya iaitu aktiviti mengecheck email kat YahooMail. Uiihhh tengok² ada lak email berbau ikan yang bertajuk macam ni, "Tuntut wang anda di 1malaysiaEMAIL dan jadikan ia milik seluruh Rakyat". Ape ni? Macam berbau ugutan je nih? Tanjat boboi...

Sender email tu ditulis sebagai admin@mail1Malaysia.com.my. Tapi bila baca tajuk lak bunyinya macam tak puas hati je dengan orang yang buat email tu? Tertanya² saya, web 1Malaysia ni dah kena hack ke? Sebagai pengutuk tegar Rosmah dan isterinya, maka saya pon bertindak membaca emel tersebut dengan teliti....

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Malaysia,

Tuan/Puan semua sedia maklum Kerajaan Malaysia telah melantik sebuah syarikat untuk membangunkan projek 1malaysiaEMAIL secara “direct award”.
1malaysiaEMAIL tidak dipersetujui ramai kerana;

1)proses award,
2)kuasa komunikasi di monopoli satu pihak sahaja,
3)kawalan maklumat atau informasi oleh satu pihak,
4)data anda dan data keselamatan Negara dalam tangan satu pihak,
5)caj email,
6)Slogan 1Malaysia dikait dengan parti politik
7)khuatir ketidakadilan terjadi semasa Pilihan Raya dimana parti Kerajaan menggunakan email untuk berkempen kepada Rakyat
8)dll –

1EMAIL.my sebenarnya membantu perkhidmatan Kerajaan dan menyampaikan informasi kepada Rakyat menggunakan komunikasi 2 hala yang menakjubkan.
Dengan menyahkan sistem surat, Kerajaan menjimatkan berbillion Ringgit setiap tahun dan Kerajaan mampu berhubung dengan semua Rakyat kurang dari seminit jika ada hebahan keselamatan (eg bencana alam, virus, wabak penyakit, perang, dll)

1malaysiaEMAIL amat berbeza dengan email Yahoo! Google! Hotmail kerana 1malaysiaEMAIL menggunakan ID tulen yang mewakili diri user yang sebenar dengan disahkan oleh MyKad oleh itu ia boleh mengancam Negara sekiranya data email 1Malaysia jatuh ketangan pihak tidak bertanggungjawab, maka, adalah HARUS sistem ini dimiliki oleh Rakyat.

51% kepentingan email ini akan dimiliki Rakyat. Sebab munasabab mengapa kami berbuat demikian kerana kami mahu semua Rakyat Malaysia tanpa kira perbezaaan warna kulit, agama, politik, ekonomi, adat dan kaum berSATU di dalam web ini sebagai SATU dan tetap mengekalkan kepentingan Rakyat. –sila layari web kami untuk lebih maklumat.

Kami mahu setiap Rakyat Malaysia terlibat dan memainkan peranan penting dalam mengekalkan keharmonian kaum dan agama kerana 1malaysiaEMAIL menawarkan Malaysia FB, forUMalaysia, Malaysia Free Online Market, Malaysia wiki, dan banyak lagi. Sejajar dengan trend yang masih belum menerima 1Malaysia sepenuhnya, kami menggunakan 1Email.my sebagai domain yang menunjukkan Rakyat ber1 dan 1 email sahaja kerana kami menawarkan fungsi autoforward email ke inbox email peribadi anda.

Keutamaan kami adalah memanfaatkan Rakyat biasa yakni pendapatan dan keselamatan.

Pendapatan-> 30% dari caj email atas Kerajaan/Swasta (rumors RM 0.50/email) akan dibayar kepada Rakyat. Rakyat boleh menggunakan wang terkumpul setiap tahun untuk untuk diri, atau menderma pada individu/ kumpulan agama, persatuan, sekolah, badan amal dll.(Rumah ibadat, Sekolah, Persatuan Perumahan, Rumah Anak Yatim mendapat pendapatan berjuta ringgit setiap tahun dari 1malaysiaEMAIL.  Rakyat bantu Kerajaan jimat berbillion Ringgit, Kerajaan bayar kembali wang tersebut pada Rakyat –amat adil dan prihatin.

Keselamatan -> Email ini dibuka pada Rakyat berumur 13 tahun keatas, dan bagi yang berumur 18 tahun kebawah, setiap email anda akan di cc kepada ibubapa(atas persetujuan).

Mari! Sertai kami! Daftar Email 1Malaysia dengan kami!! Bersama-sama katakan tidak pada monopoli! Bersama-sama menjadikan email ini kepunyaan Rakyat Malaysia dan wariskan pendapatan anda di Email 1Malaysia kepada anak cucu anda.

Hakikatnya tiada apa yang mustahil dan tiada apa yang tidak dapat dilakukan dengan kuasa Rakyat. Kuasa Rakyat berSATU di bawah email 1Malaysia.
Daftar disini http://mail1malaysia.com.my  OR http://1email.my/pendaftaran

Forward email ini kepada semua kenalan dan rakan anda dan jangan lupa sertakan ID 1Email anda sebagai introducer.

Terima Kasih Malaysia.

Admin

Email yang dia hantar tu dalam dwibahasa, BM n BI. Bila saya baca yang BM, ada part yang saya tak paham sebab struktur ayat yang sangat bullcit! Nampak sangat dia tulis yang BI dulu pastu translate jadi BM. Maka saya pon rujuk ler yang versi BI supaya lebih jelas dan nyata apa yang cuba dimaksudkan...

51% 1Email will owned by Rakyat. Reason why Rakyat must own this system is because we want all Malaysian despite differences, skin color, races, religions, political view, economy, cultural and language to unite in here as ONE.  –please visit our website for more info.

We want every Malaysian to involve because 1malaysiaEMAIL also offered Malaysia FB, forUMalaysia, Malaysia Free Online Market, Malaysia wiki, and many others. Considering 1Malaysia is not fully accepted by all Rakyat, we use 1Email.my domain to show we unite as 1 and 1 email only as this system offer autoforward function.

Our top priority is to help normal Rakyat income and safety.

Income -> Every 30% from the email fee charges (rumors is RM 0.50/email) will be paid back to Rakyat. Rakyat can use the earning money from 1malaysiaEMAILfor themselves, donate to their Religion Group, Society, School, Charity etc.(check our web how Masjid, Temple, School, Orphanage House etc can earn millions Ringgit every year via 1malaysiaEMAIL.  Rakyat help Government save billions, Government pay Rakyat directly – fair enough.
Ok... dari apa yang saya paham di sini, semua rakyat Malaysia akan dapat email 1Malaysia secara percuma, tapi untuk agensi kerajaan/swasta, setiap email yang diorang nak buka dengan menggunakan domain 1Malaysia, diorang akan cas sebanyak 50sen (contoh: perkumpulanpanda_batangberjuntai@1Email.my). Rakyat akan dapat untung 30% untuk cas ni, yang bermakna rakyat akan dapat 15sen bagi setiap email yang dibuka oleh agensi gomen/swasta. Hmm... 1 email 15sen... kalau 100 email dapat RM15... kalau 1000 email dapat RM150. Ok, 30% dapat kat rakyat. Abih tu lagi 70% lak? Jawabnya untuk manage email tu ler,  bayar kos mail server, upah network admin, upah graphic designer, upah orang tengah yang makan duit rakyat lagi, etc.

1EMAIL.my help Government to deliver services and information to Rakyat via impressive 2 way communication method. By throwing letters system, Government saves billions Ringgit every year and able to reach all Rakyat less than a minute if there is any emergency alert (earthquake, viruses, disease, war, etc).

Skarang belum dibuat email 1Malaysia pon diorang dah spam kita punya email... Watpe nak susah² bukak email 1M lagi ye dak? So Rosmah, kalo ada email yang bertajuk, "Kita bangga KLCC akan dibeli sepenuhnya oleh Obama" nanti sila forward dan spam email yahoo saya lagi yer...

Considering 1Malaysia is not fully accepted by all Rakyat, we use 1Email.my domain to show we unite as 1 and 1 email only as this system offer autoforward function. 

Sejajar dengan trend yang masih belum menerima 1Malaysia sepenuhnya, kami menggunakan 1Email.my sebagai domain yang menunjukkan Rakyat ber1 dan 1 email sahaja kerana kami menawarkan fungsi autoforward email ke inbox email peribadi anda. 

Ni yang nak gelak ni. Trend la pulak 1Malaysia tak diterima sepenuhnya. Hehe... bagi saya buat apa la susah² nak bagi nama 1, 1 ni? Semua benda nak letak 1 kat depan sampai "Cuti² Malaysia" pon dah ditukar jadi "Cuti² 1Malaysia". Pakai domain malaysia.my je tak boleh ke? Bukan apa, bagi kami orang² IT ni rasa cam tak ngam pakai domain 1Malaysia tu sebab dah biasa dengan pantang-larang bila declare variable, tak boleh letak nombor sebagai permulaan nama variable, nanti akan jadi error. Rimas kot tengok... rasa cam nak pegi debug je... huhuhu~~

Papepon lantak ngko ler pak jib... telan duit rakyat berjuta² lion² king, nak pulangkan 15sen... ni baru dengar berita pagi tadi, nanti lepas pilihanraya umum nak ditambah lagi cuti cukai tah hape² lagi untuk menambahkan beban rakyat. Terima kasih Najib, Rosmah. Hidup 1 Malaysia. #sarcasm


1 komen kat sini:

ehermmm...assalamualaikum, pendapat saya la kn,x perlu la kita asyik nak menuding jari kpd kerajaan kerana makan duit rakyat,tu je alasan yg slalu dan bertubi2 di lontarkan...bagi saya la kn, janji negara ni drang tadbir dgn aman dan slesa cukup la...ko tengok negara lain yg tgh bergolak tu,nak ke ko idup dlm suasana mcm tu??? pasal makan duit rakyat tu lantak dorang la,dorang sndiri jgk yg jwb d dpan allah taala nanti...yg penting negara ni aman dan makmur bro...aku ni xde kena mengena la ngan politik mana2 pon n xsuka la mo main politik2 ni...janji negara ni aman ok la, tu je aku harapkan..assalamualaikum dan salam 1malaysiaa!
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...