Mashi² Mind

memoirs of a panda

Sunday, September 25, 2011

[Review] Bini Biniku Gangster - Review Paling Best Dalam Donia

Review Paling Best Dalam Donia? Perasan.


Moshi-mosh...
Smalam sempena besday saya yang ke-rahasiawanita incik somi dengan berbesar hati membawak saya pegi date kat 1Borneo, tengok cite yang dah lama saya tingin sangat nak tengok - Bini-Biniku Gangster.. dan lepas tu dia paksa saya tulis review.. u my fan oredi?
Spoiler Alert! Jangan baca sampai habis kalo korang belum tengok lagi cite ni~



Sinopsis Bini-Biniku Gangster
Filem ni mengisahkan tentang pasangan suami isteri yang sangat bahagia dan romantis iaitu Herry (Shaheizy Sam) dan Manja (Yana Samsudin) yang dah bertahun² berkahwin tapi masih belum dikurniakan anak sob sob sob... Herry berkerja sebagai arkitek (kot) dan Manja adalah tokey kedai bunga dan suri rumah separuh masa owh sangat heaven keje camtu.. my dream job!!! Herry ni jenis yang bendul sikit kot, slalu kena buli kat opis dengan opismate boroi bernama Mat Saja.

Tanpa pengetahuan Herry, rupanya bini kesayangannya sebenarnya adalah seorang gangster termasyur, malah baru je dapat pangkat Kak Yong kat kawasan dia. Kak Yong ni mmg ganas la, potong jari orang langsung takde perasaan pon macam potong ayam je. Sejak kebelakangan ni diorg ada masalah sebab kawasan diorang banyak kena kaco ngan geng Kepala Kucing yang diketuai oleh Min Siam. Kak Yong yang dibantu oleh 2 orang pengikut setia iaitu Muza dan Toti yang ganas tapi kiut serta geng jahat beliau telah pergi menyetelkan geng Kepala Kucing tu dan belasah Min Siam sampaila cacat lumpuh dibuatnye...
Berbalik kepada Herry, dia ni baru je dapat secretary baru kat opis yang bernama Reanna (Intan Ladyana). Stereotype seorang secretary kot, dah tangkap syiok la pulak n goda si Herry tuh. Perlakuan biadap diorang telah berjaya dirakam oleh si boroi Mat Saja dan dia kasi gambar layang kat si Manja. Oleh kerana Manja memang tak boleh mengandung agaknye sebab penah injured kat perut dulu, gengster la katakan maka Manja dengan rela hati telah melamar Reanna sebagai madu beliau. Dengan tergedik²nya, lamaran tersebut diterima dengan penuh teruja oleh Reanna dan jugak Herry dasar lelaki!
Lepas diorang kawin, barulah kantoi rupanya Reanna tu adalah adik kepada Min Siam dan dia sengaja kawin dengan Herry sebab nak balas dendam dan bunuh manja. Adegan lepas tu pepaham jelah, berterabur periuk belanga bila dua orang madu yang gengster bergaduh, nak roboh rumah dibuatnye. Herry yang tak tau pape telah menceramahkan diorg dengan merujuk kepada buku "Manisnya Bermadu". Kelakar tak hengat!
Masa dua orang madu ni tengah sebok pikir camne nak hapuskan satu sama lain, tetiba Herry telah hilang tanpa dikesan. Manja suspect geng jahat madunya yang dah kidnap laki diorang tapi Reanna pon tak tau mana laki dia pegi. So, siapa yang kidnap laki diorang? Huhu.. korang belilah tiket dan tengokla sendiri. Endingnya sangat unexpected. Sape yang dah tengok tu, syuhhh jgn gitau diorang *wink²*
Spoiler
Spoiler kat sini bukan bermaksud pendedahan jalan cerita, tapi literally apa yang menspoilkan filem ni daripada dapat 5 bintang.

Mat Saja. Mamat ni memang sajaaaa je spoilkan filem ni. Watak dia sepatutnya jadi watak sampingan yang menambahkan lagi lawak dalam filem ni (macam watak Mikail lakonan Azad Jazmin dalam Kongsi), tapi lakonan mat boroi ni sangat²lah lemah dan amatur. Ntah dari manala diorng dapat pelakon yang saya tak kenal ni. Dialog dia dalam loghat Terengganu tu sangat²lah tak meyakinkan, macam orang biasa² yang tetiba disuruh berlakon dalam drama hari guru sekolah menengah. Watak dia ni jugak agak mengelirukan, kejap cakap gengster, tapi takde pulak gengnye. Konon hebat sangat tapi selalu je kena blasah. Tak kelakar pon. Spoil! Sorry bhai, silalah berenti dari berlakon okey. kejamnya ayat 
Bad news. Dia yang jadi hero dalam filem Papa I Love U lakonan Lisa Surihani & Mia Sara Nasuha.
Mat Saja lakonan Zalif Sidek
Power Rangers?
Pehal tetibe power rangers lak nih? Hehe takdela... Saya terperasan, dalam filem ni diorang pakai baju ikut tema. Manja sentiasa pakai baju merah/hitam/pink dan Reanna sentiasa pakai baju kuning/biru/oren. Geng diorang pon dressing ikut tema. Macam power rangers kan? Red Ranger vs Yellow Ranger! Go go Power Rangers!!!

Thumbs Up!
Puji-pujian ke atas mereka yang awsome. Saya bukan jenis senang puji orang so this is an honour for u ok.


1st, thumbs up kepada penulis cerita ni iaitu heroin filem ni sendiri, Yana Samsudin. Mungkin ada yang kata filem ni cedok idea My Wife Is A Gangster, tapi bila dah menonton sendiri filem ni korang sure dapat tengok perbezaannya. Kata Yana, "Saya cuba bayangkan bagaimana kehidupan wanita berumah tangga dan bermadu. Agak-agaknya apabila suami mereka keluar bekerja apa yang mereka lakukan. Daripada situlah lahirnya idea menghasilkan Bini-Biniku Gangster". Walaupun dia takde basic dalam martial art, tapi lakonan dia lebih meyakinkan berbanding Intan Ladyana yang ada basic tomoi. Rujukan: http://www.hmetro.com.my/articles/BukancedokfilemTaiwan/Article
P/s: Review ini ditulis pada 25 September iaitu hari jadi Yana Samsudin. Yup, dia lahir sehari selepas saya dilahirkan. So happy birthday to us! bleahh get over it already
2nd, tak dinafikan Shaheizy Sam memang seperti biasa sangat awsome bila berlakon. Dari drama Pa'e dulu sampailah sekarang, lakonan beliau sentiasa mantap cuma lambat popular tak macam Rosyam Nor si hero tua. Tak payahlah kot saya nak elaborate lagi pasal ni, semua orang dah maklum.
Sam sebagai Pa'e, lakonan terawal beliau masa berumur 15 tahun.
3rd, Ismail "Bob" Hasim. Orang yang sama yang mengarahkan filem Ngangkung. Mungkin filem ni agak mudah sebab gunakan pelakon yang sama macam Adnan Sempit, tapi rasanya filem ni lebih klakar dan mantap. tapi bab mat saja tula.. spoil


Adegan Sensitif
Dah macam trend pulak sejak 2 menjak ni asal keluar filem Melayu je, ada jelah isu... Disebabkan orang Malaysia ni adalah warga butthurt bak kata obefiend, saya cuba mencari dalam filem ni apa agaknya yang boleh dijadikan bahan untuk menghentam pembikin filem nih.

  1. Tiru My Wife is A Gangster. Isu ni macam dah ada je skarang... tapi agak cool sebab orang yang pegi menonton dah clarify yang cerita ni tak sama.
  2. Macam Kongsi dan KL Gangster, filem ni banyak guna istilah yang boleh buat PEKIDA jadi bengang macam ayahanda, abang long, etc etc. Well PEKIDA, bila nak keluar saman lagi? Boleh itu David Teo jawab lagi pasal ini filem film.
  3. Adegan cium keris. Ada orang nak politikkan tak?
  4. Adegan 18sx. Uiii... kalo tengok adegan suami isteri ni memang takde potong²nye lah. Paling takbley blah tu scene bila Harry masuk bilik sambil bawak losyen n 2-2 bini tengah tunggu atas katil. Sampai terpancut la losyennye tu. Makes u really think, boleh ke sorg laki ngan 2 isteri ber... ishhhh simpang! simpang! Bagi saya agak kurang sopan benda ni ditunjukkan dalam budaya Melayu. U mad?
  5. Adegan cium. Ada dalam filem ni Shaheizy Sam cium dahi Yana Samsudin. Boleh ek? Boleh jadi modal orang mengutuk la.
  6. Adegan kurang sopan dalam masjid. Lepas je akad nikah ngan bini kedua, si Herry dah tak sabo² lagi tak sempat nak sarung cincin ke hape, terus je macam harimau lapar angkut bini muda dia balik rumah. Paling klakar lepas tu si Muza ngan Toti berdiri sebelah sorang pakcik ni sambil cakap, "Ish² gelojohnye.. anak sape la tu?" Lepas tu pakcik tu cakap, "Anak aku la!". Pecah Perut!!!
  7. Balik² gangster... Sudah² la tu ngan filem gangster ni... Macam Malaysia ni pembiak gangster lak. Pulak tu macam gangster ni sebenarnya orang baik walaupun dengan slumber je pau golongan peniaga n potong² tangan orang. Buat orang takut nak niaga je...
Ok, letih dah menulis. Overall, saya rasa filem ni sangat best dan berbaloi untuk ditonton... Sepanjang cite ni asyik gelaakkkkk je. Sangat kelakar okay~
Saya bagi 4/5 bintang! 
Ni tahap wajib tonton nih! Huhu...


Sekian. Kalo suka sila klik button Like dan janganlah kedekut untuk mengomen supaya saya lebih bersemangat untuk tulis review panjang² macam ni lagi lain kali...

LAGI ARTIKEL MENARIK:







2 komen kat sini:

kite bako je!!
 
i njoy reading ur review ^_^ nice!
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...